Lawatan YB Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan ke rumah mangsa banjir

YB Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan (ADUN N.56 Apas) meluangkan masa melawat  ke rumah  penduduk di Kg. Sungai Gading dan Kg Sungai Apas yang terjejas banjir awal januari lepas.

Beliau turur bermurah hati menyampaikan sendiri sumbangan wang ringgit daripada UMNO Bahagian sebanyak RM500 (setiap keluarga) kepada 10 keluarga yang terjejas banjir.

Selain itu juga, beliau turut mengadakan lawatan ke dua (2) sekolah yang turut terjejas akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Apas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

Datuk Tawfiq turut diiringi oleh En. Sarman Amat Simito (UPPM Apas), En. Syed Hassan Syed Idrus (UPPM Balung), En. Azman Hakim (Pegawai Kemajuan Masyarakat N.55 Apas), JKK Kg. Sungai Gading dan Kg. Sungai Apas.

Datuk Tawfiq menyarankan agar reka bentuk rumah PPR tidak terlalu rigid. Rumah PPR sekarang adalah rumah terletak. Beliau mencadangkan agar rumah PPR pada masa akan datang dibina secara bertiang.

Kredit: Has, L

No comments:

Post a Comment