LAWATAN MANGSA BANJIR

Tarikh: 4.01.2015
Masa: 2.00 ptg
Tempat: S.K Sikuati Kudat

YB Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Pertahanan/Ahli Parlimen P.167Kudat) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sikuati Kudat. Turut sama dalam lawatan tersebut termasuklah, YB Tan Sri Sukarti Wakiman (SKN Sabah), En. Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Kudat), SP Dawi Ossen Ketua Polis Daerah Kudat, Syarif Azad Syarif Attar (Pegawai Pendidikan Daerah Kudat), En. Mujin Durin (Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah Kudat).

Datuk Abdul Rahim meluangkan masa melawat dan menyampaikan bantuan kpd mangsa banjir dr Kg. Korina, Kg. Narandang, Kg. Andap Jawa dalam mukim Sikuati.

Beliau turut melawat tempat memasak dan penyediaan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

Lawatan Datuk Abdul Rahim turut membawa berita gembira kepada penduduk yang terjejas banjir. Antaranya;
1. Pembinaan sebuah dewan yang kekal sebagai pusat penempatan mangsa banjir di S.K Sikuati untuk masa akan datang

2. Pembinaan semula jambatan Kg. Korina yang telah rosak akibat banjir melalui peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM40,000.

3. Syarikat konsesi penyelenggaraan jalan (Syarikat Pembinaan Kekal Mewah) telah diarahkan supaya membuat penyelenggaraan jalan-jalan kampung yang rosak akibat banjir.

Mangsa-mangsa banjir melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah swt dan berterima kasih kepada pemimpin dan kerajaan BN yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka.

Kredit: A.S

No comments:

Post a Comment