<title>Lawatan Adun N41 Gum-Gum Meninjau Mangsa Kebakaran | DKM SABAH

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, January 18, 2015

Lawatan Adun N41 Gum-Gum Meninjau Mangsa Kebakaran





Sebuah rumah penduduk kampung milik En. Chin Kui Hine @ Ridwan dan keluarga telah terbakar pada pagi 16.01.2015. Semua harta benda termasuk dokumen penting tidak dapat diselamatkan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.





Bersimpati dengan keadaan mangsa,  YB Datuk Hj Zakaria Md Edris (Adun N.41 Gum-Gum) meluangkan masa menziarahi mangsa, membuat tinjauan dan memberi sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai. Sumbangan bertujuan untuk meringankan beban En Ridwan sekeluarga.


Beliau serta-merta mengarahkan PPM N.41 Gum-Gum untuk berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat membincangkan bantuan susulan yang boleh diberikan kepada En Ridwan sekeluarga.

Hadir sama mengiringi Datuk Hj. Zakaria adalah, En. Kamal Said (PPM N.41 Gum- Gum), En. Rosly Aziz (CDO N.41 Gum-Gum), En. Kamal Karim (Ketua Kg. Banting), En. Matnor Sahari (Pengerusi JKKK Kg. Banting).

Post Bottom Ad

Pages