BANJIR SABAH 2015: PERKEMBANGAN TERKINI BANJIR DI KOTA BELUD





Perkembangan terkini banjir Kota Belud setakat jam 6.28petang.

Jumlah terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga (3) pusat pemindahan berjumlah 512 orang. Menurut Majlis Tindakan Bencana Daerah MTD Kota Belud, satu lagi pusat Pemindahan dibuka sekitar pukul 5 petang tadi iaitu di Dewan Chung Hwa bagi memudahkan pengurusan MTD Kota Belud (Sumber: SSK). Terkini satu (1) lagi pusat pemindahan dibuka iaitu di SMK Taun Gusi (Sumber: Kibin Hj. Samad ACII). Setakat ini keadaan terkawal dan mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan berada dalam keadaan baik. 



Terdahulu, DSP Salleh Said Keruak Speaker Dun Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, diberi taklimat oleh En Peter Jiton berhubung keadaan banjir di Bota Belud, turut hadir Idris Nanti Pegawai Perhubungan Parlimen P169 Kota Belud.

Mangsa-mangsa banjir di pusat Pemindahan Banjir Dewan Tun Said menerima bantuan makanan serta minuman daripada Tabung Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kota Belud dan Jabatan kebajikan Daerah Kota Belud. MTD Kota Belud turut mendapat bantuan daripada Biro Sukarelawan UMNO Bahagian Kota Belud.

Sementara itu, Dato' Abdul Rahman Dahlan (Ahli Parlimen P169 Kota Belud) menerusi akaun facebook beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran tebing sunggai agar segera berpindah ke pusat pemindahan. 

Mereka yang memerlukan bantuan segera boleh menghubungi bilik gerakan banjir Kota Belud ditalian 088976621/976622 (Sumber: DARD)


Kredit: DARD & SSK

No comments:

Post a Comment