BANJIR SABAH 2015: LAPORAN KESELURUHAN SUASANA BANJIR NEGERI SABAH SETAKAT JAM 8.00MALAM (23.01.2014)

(Trio Parlimen P175 Papar melawat mangsa Banjir)

LAPORAN KESELURUHAN SUASANA BANJIR NEGERI SABAH 
SETAKAT JAM 8.00pm (23.01.2014)

JUMLAH PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR: (11 Pusat pemindahan)
P176 KIMANIS: 5
P177 BEAUFORT: 6
P178 SIPITANG: (Tutup)

JUMLAH MANGSA BANJIR: (3,241 orang/  936 keluarga)
P176 KIMANIS: 1,712 orang (412 Keluarga)
P177 BEAUFORT: 1,529 orang (524 keluarga)
P178 SIPITANG: Tutup (3.00 petang)

JUMLAH KG. TERJEJAS BANJIR: (60 kampung)
P176 KIMANIS: 15 kampung
P177 BEAUFORT: 35 kampung
P178 SIPITANG: 10 kampung (Banjir beransur surut)
***
Jumlah mangsa banjir di Kimanis dan Beaufort masih kekal dan tiada pertambahan direkodkan. Keadaan banjir di 3 kawasan terjejas banjir telah beransur-ansur pulih. Namun, mangsa terlibat banjir  masih ditempatkan di pusat pemindahan atas faktor keselamatan dan akan dibenarkan pulang setelah air banjir surut. Paras air di Sg. Padas 7.5m (bacaan pukul 5ptg) iaitu paras berjaga-jaga.


Info Tambahan (Banjir Kimanis - Dun Bongawan):

Kawasan Mukim Kimanis:
Banjir di kg. Brunei Kimanis,Kg.Penampang Baru, Kg.Daingin Kg. Gadong dan Rancangan Kimanis telah beransur surut.

Mangsa di pusat pemindahan Dewan Kg. Penampang Baru telah dibenarkan balik ke rumah

Mangsa di pusat pemindahan SMKA Limauan belum dibenarkan pulang. Berlaku sedikit kekecohan pada pagi tadi apabila seorang wanita mengandung pengsan. Bagaimanapun keadaan berjaya ditenangkan.

Pusat Pemindahan SMKA Limauan dikunjungi dan dibantu oleh AJK Umno Bhgn Papar yg diketuai oleh YB. Datuk Hj.Abdul Rahim Ismail. Pusat Pemindahan SMKA Limauan Kimanis juga menerima lawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bersama Pengarah Pendidikan Sabah.

Kawasan Mukim Bongawan:
Pekan Bongawan masih ditenggalami air.

Mangsa yg di tempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Serbaguna Pekan Bongawan belum dibenarkan balik ke rumah  dan pusat berkenaan masih beroperasi.

Pelbagai bantuan telah disalurkan termasuk dari NGO, individu, AJK UMNO Bahagian Kimanis termasuk Pergerakan Puteri Wanita dan Pemuda.

Pusat Pemindahan  Dewan Pekan Bongawan juga telah di kunjungi dan dibantu oleh AJK UMNO Papar yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Abdul Rahim Ismail dan Datuk Rosnah Abd.Rashid Shirlin serta Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.





No comments:

Post a Comment