BANJIR SABAH 2015: BANJIR KILAT DI BEAUFORT



Banjir kilat menenggelamkan beberapa kawasan di sekitar Beaufort dan Kimanis berpunca dari hujan lebat yang tidak berhenti berada pada paras berbahaya iaitu 9.25meter. Sehingga pukul 3.00 petang tadi, terdapat lapan (8) buah kawasan di sekitar Beaufort terlibat dengan banjir.

Kawasan terlibat banjir di Beaufort termasuklah, Kg Limbawang, Kg Mempagar, Kg Melalugus, Kg Bingkul, Kg Bakalau, Kg Kubu Pintas, Pekan Beafort dan Kg jimpangah. Pusat pemindahan telah di buka iaitu di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun dan setakat ini terdapat 24 mangsa dari 8 keluarga telah pindahkan. Hanya satu jalan sahaja yang di naiki air iaitu jalan melalugus tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Terdapat enam (6) buah sekolah ditutup, antaranya, SRJK Kung Ming, SK Suasa, SK Lago, SK Jabang dan SK Luagan. Y.B Datuk Hj Ariffin Hj Arif (Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri) mengadakan lawatan kepada mangsa-mangsa banjir di S.A.N Kg. Limbawang Beaufort.


No comments:

Post a Comment