KENYATAAN S/U MKN SABAH MENGENAI RIBUT TROPIKA JANGMI

Kenyataan mengenai Ribut Tropika Jangmi yang tersebar dan akan melalui beberapa bahagian di Negeri Sabah adalah tidak benar dan ditokok tambah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

MKN hanya berperanan untuk menyelaras pengurusan bencana sahaja. Segala maklumat rasmi mengenai ramalan kajicuaca adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Metreologi Malaysia.

Sepertimana Tuan Tuan telah maklum kenyataan asal saya hanya berkaitan persiapan menghadapi banjir. Tidak ada  yang salah. Ia hanya untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan.

Namun ada pihak menokok tambah dengan ribut tropika Jangmi. Perkara ini tidak disentuh oleh saya. Ia di bawah kepakaran Met Malaysia.

Namun, apapun saya berpandangan adalah tidak salah jika kita saling mengingati. Isunya ialah masyarakat cepat panik. Saya memanjang maklumat ini untuk makluman dan perhatian Pengurus Pengurus Bencana di daerah daerah serta ketua2 jabatan khusus sahaja.

Teknologi telah menyebabkan ada pihak memanipulasi perkara ini.

Terima Kasih

SU MKN Sabah
30 Disember 2014


BERIKUT MAKLUMAT KENYATAAN S/U MKN YANG DITOKOK-TAMBAH TERSEBAR DALAM APLIKASI WHATSAPP

Setiausaha MKN
Cawangan Sabah.
(Untuk perhatian & Tindakan kita semua. Tk)

Semua Pegawai Daerah
Tongod, Pitas, Beluran, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Kinabatangan, Lahad Datu Keningau, Tenom, Beaufort, Nabawan Dan Presiden MPS

MKN memohon perhatian supaya inisiatif diambil untuk berjumpa Ketua2 Kampung, CDO, JkKK di Kampung2 atau kawasan berisiko banjir di daerah masing2.

2. Pohon semua pemimpin setempat mewar warkan untuk semua penduduk meningkatkan persiapan segera

3.  Bekalan makanan seperti beras, sardin dan biskut hendaklah distokkan sekurang2nya 2 minggu untuk setiap rumah

3. Simpan dan kumpul semua dokumen penting di tempat selamat

3. Berpindah segera apabila air mencecah 2 kaki atau 0.75 meter

4   Jaga atau awasi kesihatan serta keselamatan

5.  Pastikan semua barangan atau perabot mula diletak ditempat tinggi dan selamat

6. Ikut arahan pihak berkuasa dan ikuti siaran radio sepanjang masa

7. Pastikan bekalan bateri untuk alat komunikasi termasuk radio mencukupi

Mohon maklumat ini disebarluaskan ke pemimpin masyarakat di kawasan berisiko

Perhatian semua amat dihargai.

Terima kasih
Tropical storm jangmi
Akan melalui kawasan Sabah terutama di kawasan kudat,pitas,kota marudu kota belud,ranau,sandakan , kinabatangan,tuaran,sipitang,keningau,tambunan,papar,beaufort,Kuala penyu,long pasia Dan lahad datu. Dengan kelajuan angin 35-46 mph.

No comments:

Post a Comment