Nama: Freddy Harmthon S Salag
Asal : Kiulu, Tamparuli Tuaran Sabah
Pekerjaan: Pegawai Kerajaan
Album: Suni Tupusku
Ringkasan Album: Merupakan album pertama beliau yang telah dikeluarkan pada 2013, album berbentuk audio dihasilkan pada bulan Januari 2013 dan album DVD Karaoke telah dikeluarkan pada penghujung Mei 2013. Memuatkan lagu pelbagai Genre.
Testimoni peminat: Lagu yang tidak membosankan kerana memuatkan pelbagai rentak.
Pencapaian: 3 lagu ciptaan beliau telah tersenarai dalam carta lagu.
1. Cintaku di mana (berada di tangga ke 3 Carta 13 Keningau Fm dan bertahan selama 26             minggu)
2. Barakatai Piginawaan (Pernah menjuarai carta lagu Dusun Keningau Fm)
3. Suni Tupusku (sudah 8 minggu dalam Carta Lagu Paling Manang dan 5 kali berturut-turut         menjadi juara.

Bagi peminat dan penggemar lagu tempatan, album beliau boleh diperolehi di kedai-kedai berdekatan, malah beliau sendiri turut mempromosikan dan menjual DVD lagu beliau di Pasar Minggu. Peminat juga boleh membuat tempahan melalui Facebook Freddy Harmthon S Salag

Keseluruhan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan hasil ciptaan beliau sendiri dan ilham untuk mencipta lirik lagu datang ketika beliau melihat suasana sekeliling beliau, mendengar cerita daripada rakan-rakan dan pengalaman sendiri. 

Freddy memaklumkan DKM Sabah yang lagu-lagu dalam album beliau dalam proses kelulusan untuk dijadikan caller ringtone. Preview bagi album ini boleh dilihat melalui youtube "DVD Karaoke Album Suni Tupusku".

Harapan Freddy agar peminat akan terus menyokong lagu ini. Sokongan boleh direalisasikan melalui dua (2) cara. Sokongan melalui penghantaran SMS (CLPM TUPUS) dan hantar ke 32776 atau melalui undian maya melalui Carta Lagu Paling Manang.

#SokonglahLaguTempatan