Saturday, January 18, 2014


Majlis Santai Bersama Ustaz Mohd. Kazim Elias (UKE) yang diadakan pada 17 Januari 2014, bertempat di Dewan Saadah Wisma Muis Kota Kinabalu mendapat sambuatan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Dianggarkan lebih daripada 3,000 orang berpusu-pusu membanjiri Dewan Saadah untuk menyaksikan sendiri dengan lebih dekat penceramah bebas yang terkenal dengan program ceramah kelolaan Astro "Kalau Dah Jodoh".

Majlis Santai Bersama Ust. Kazim Elias (UKE) merupakan program yang anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Sabah (BAKISA) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah.

Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut termasuklah;
  1. TYT Tun Datuk Seri Panglima Hj. Johar bin Hj. Mahiruddin dan Toh Puan;
  2. YAB DSP Hj. Musa Hj. Aman dan Isteri;
  3. Yb. DSP Hj. Yahya Hussin dan Isteri
  4. Yb. Datuk Taufik Titingan
  5. Menteri-menteri kabinet


Untuk kemudahan hadirin yang tidak dapat memasuki dewan, satu layar putih telah didirikan di ruang lobi. Berikut merupakan gambar yang sempat diambil oleh DKM Sabah sepanjang berlangsungnya program tersebut;

 




  







Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.