DUN N25 KOSONG, KEDUDUKAN MB BAKAL TERGUGAT




"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan.

Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut. Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.



Lewat petang tadi Abdul Khalid mengatakan beliau bersedia melepaskan jawatannya sekiranya PR sudah mencapai konsensus mengenai penggantinya (Sumber: Anak Sungai Derhaka)


No comments:

Post a Comment