(Gambar; Ehsan Sidek Kolo)
Rabu (29.01.2014), Kejohanan olahraga balapan dan padang peringkat zon Benoni kali ke 40 telah dilangsungkan dengan jayanya. Program yang berlangsung sekitar pukul 9.00 pagi itu telah dihadiri dan dirasmikan sendiri oleh Ahli Parlimen P175 Papar YB. Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin selaku Timbalan Menteri Kerja Raya.
YB. Datuk Rosnah turut meluangkan masa untuk bersalam-salaman dengan para peserta dan pengurus kontinjen yang terlibat.
Program Datuk Rosnah diteruskan dengan mengadakan Program Walkabout "Pengagihan Angpow" di sekitar Pekan Sabindo dan Pekan Kinarut.
0 Comments