<title>SOLUSI ISU 62: TAK SEDAR PLURALISME AGAMA | DKM SABAH

BREAKING

Thursday, December 5, 2013

SOLUSI ISU 62: TAK SEDAR PLURALISME AGAMA

Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, saya terdengar perbualan dua orang pelajar bangsa Melayu dan India seusia sekitar 12 Tahun;

"Hari ini, hari Jumaat, ada solat Jumaat."

"Kenapa kau perlu pergi bersolat?"

"Kena sembahlah, Tuhan aku. Kau sembah tuhan kau juga, kan? Aku pun sama."

"Kenapa kau sembah macam tu?"

"Entahlah. Patut aku yang tanya, kenapa kau sembah patung?"

"Aku bukan sembah patung. Mak aku cakap, kami sembah Tuhan yang paling atas, tapi melalui Tuhan-tuhan ini."

"Itulah, macam-macam kan? Semua sama. Kau ada cara kau. Aku ada cara aku."

Tanpa kita sedari, butir-butir kata daripada anak kecil ini menggambarkan konsep pluralisme agama yang semakin berkembang dan kekeliruan yang semakin menular dalam masyarakat Islam. Sejauh mana peranan umat Islam dalam mendekati dan memahami isu-isu akidah?

Akar Sejarah
Pluralisme agama boleh didefinisikan sebagai menganggap semua agama adalah sama dan benar. Ia berbeza dengan kepelbagaian agama (religious diversity) iaitu kewujudan pelbagau agama dalam satu kawasan tetapi bermaksud semuanya adalah sama.

Ia juga tidak memberi maksud toleransi beragama (religious tolerance) iaitu kebolehan seseorang mengamalkan agamanya asalkan tidak mempengaruhi atau membahayakan umat Islam.

Jika kita kembali pada akar sejarahnya, pluralisme agama muncul dan berkembang di Barat seawal abad ke-20. Kononnya demi mengelakkan perpecahan agama dan menimbulkan keharmonian seluruh dunia. Hal ini merupakan respons terhadap penolakan fahaman eksklusivisme (yang benar) dan inklusivisme (semua agama hampir benar tetapi agamanya adalah yang lebih benar).

Pluralisme Agama vs Tauhid
Pluralisme agama bertentangan dengan konsep tauhid iaitu rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wa al-sifat. Allah berfirman: 
"Sesungguhnya daripada Allah aku datang dan kepada Nya jualah tempat aku kembali." (Surah al-Baqarah 2:156)

Oleh itu, perlu diyakini bahawa ang di langit dan bumi, gunung-ganang, lautan dunia, jari-jemari, udara, gelap dan terang, perasaan suka duka, pancaindera, keupayaan menilai dan mencipta ialah nikmat Allah. Undang-undang yang perlu diutamakan ialah peraturan Allah, bukan peraturan manusia.

Pluralisme agama mensyirikkan Allah. Sedangkan jelas Allah berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya." (Surah al-Ikhlas 112:1-3

Macam-macam Pluralisme Agama
Sumber Solusi 62 (M/s 57)

Pluralisme agama mempunyai beberapa aliran tersendiri iaitu;
1. Aliran Humanisme Sekular
2. Terlogi Global
3. Sinkrenisme
4. Hikmah Abadi (perennial philosophy)

Sekiranya semua agama adalah benar, dan semua agama menyembah Tuhan yang sama, bermakna adakah tuhan-tuhan agama lain serupa dengan Allah? Adakah Allah memerlukan tuhan lain sebagai perantaraan? Sedangkan semua sifat Allah tidak akan pernah sama dengan makhluknya. Kewujudan Allah sendiri tidak sama dengan wujudnya makhluk.

Sesungguhnya Allah lebih dekat daripada urat nadi manusa walaupun kita tidak mampu memahaminya. Allah sentiada mendengar, melihat, memahami, dan mengetahui makhluknya. Sekiranya tidak, cuba seorang individu pergi ke tempat yang tidak ada yang memerhatikannya. Pasti tidak akan ditemui oleh sesiapa pun tempat seperti itu. Hal ini bermakna, Allah sangat dekat dengan makhluknya.

Bahaya Pluralisme
Seorang Muslim yang hidup pada zaman globalisasi perlu mempertahankan keimanan dengan tidak bertaklid dalam beragama. Elakkan diri kita daripada menyambut perayaan agama lain bersama-sama. Hal ini mungkin dianggap toleransi dan sepakat menurut kaca mata moden tetapi ia bukan pegangan hidup seorang muslim.

Muslim perlu meletakkan peraturan Allah lebih tinggi dan membebaskan diri daripada cengkaman liberal, sekular dan humanis yang mempertahankan hak manusia tanpa had. Manusia makhluk yang terbatas. Kebebasan sebenar adalah apabila manusia mampu bebas daripada nafsu dan syaitan. Kebahagiaan hakiki adalah apabila manusia mampu menjadikan dunia sebagai jambatan menuju ke akhirat.

Walau bagaimanapun, Islam tidak pernah melarang penganut agama lain untuk bebas beragama, merayakan hari kebesaran masing-masing, membangunkan tempat-tempat ibadah, mempertahankan kelangsungan agama dan keyakinan tersendiri, serta mendirikan sistem peradilan khusus untuk mereka. Semuanya tergolong dalam golongan ahlu zimmah. Inilah bukti adilnya Islam.



SITI NUUR AFIQAH MOHD SALLEH

                                                                                                                       Dipetik daripada Majalah Solusi

Kerana minat yang mendalam pada Majalah Solusi yang dilihat
bersesuaian dengan semua peringkat umur mahupun latar belakang masyarakat kini,
maka DKM Sabah berminat untuk memetik 1 atau 2 artikel keluaran Solusi
Sebagai usaha dakwah kepada semua masyarakat