Tuesday, October 8, 2013



Rasa-rasanya telah genap dua (2) minggu isu ini berlegar di Media Facebook dan penuhi dengan pelbagai komen negatif yang pastinya ramai di luar sana tidak sangup untuk membacanya. Bermula daripada laporan dan terjemahan peribadi wartawan Daily Express "Sabahan Muslim Bumis should call themselves Malay", tajuk ini dengan jelas telah mengundang kemarahan orang Sabah terhadap Ustaz Bungsu.

Bagi mereka yang membaca keratan akhbar tersebut tanpa merujuk kepada video penuh ucapan Ustaz Hj Bungsu pada program "Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu Dalam Krisis Kepimpinan" anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tersebut, pastinya dengan mudah akan mempercayai segala penulisan wartawan Daily Express berkenaan.

Perkara pokok yang cuba dimanipulasi oleh wartawan tersebut pastinya merujuk kepada kenyataan Ustaz Bungsu pada durasi (Video ceramah Ust Bungsu) :

05:38: "saya ingin mencadangkan dalam konteks Sabah, untuk perpaduan umat melayu Islam, yang rumpun Melayu yang sudah Islam ini harus di Melayukan".

dan pada durasi ke 05:53 dengan jelas musti ada menyebut "Memelayukan rumpun Melayu" dan bukannya menukar bangsa sedia ada kepada Melayu.

Intipati ucapan Ust. Hj Bungsu bukanlah bertujuan untuk menukar Bangsa tetapi lebih menjurus kepada perpaduan ummah melalui rumpun Melayu.

Mungkin aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menghurai apa intipati yang terkandung dalam ceramah beliau, namun #Demi Sebuah Perjuangan dan kebenaran, berikut aku ringkaskan apa sebenarnya yang terkandung dalam video tersebut dan anda sendiri boleh menilai dan menghitung betapa kerapnya Ustaz Hj Bungsu mengulangi perkataan "Perpaduan dan Penyatuan".


Ringkasan ucapan Ustaz Bungsu;

2:50: Sebab itulah saya ingin mencadangkan UNTUK TUJUAN PENYATUAN UMMAH.  Tadi Dr. Ashraf sebut dengan penuh jelas dan tegas bahawa sudah sampai masanya umat Islam di Malaysia ini untuk bersatu, apa fahaman politikpun, baik UMNO baik PAS baik Keadilan atas nama bendera Islam. Saya sokong penuh yang ini.

4:05: Saya ingin mencadangkan untuk tujuan penyatuan, umat Islam… sebab sebahagian daripada mereka ini Islam..

4:10: Suku-suku di Sabah ini kalau mereka tidak mengaku Melayu, maka kita kena ada satu program untuk memelayukan RUMPUN Melayu di Sabah.

5:02: Umat melayu kita tidak boleh berfikir dalam kepompong semenanjung, kita mesti berfikir dalam konteks Malaysia.

5:38: Saya ingin mencadangkan dalam konteks Sabah, untuk perpaduan umat melayu Islam, yang rumpun Melayu yang sudah Islam ini harus di Melayukan.

5:53: Memelayukan rumpun Melayu

6:28: sebab itu saya mencadangkan benda ini (cadangan ini) untuk perpaduan ummah, akan datang, mudah-mudahan, InsyAllah.

6:38: jadi akan datang akan ada Melayu Dusun, Melayu Kadazan, Melayu Murut kalau ada yang Islam ataupun Melayu lain-lain.

7:05: untuk perpaduan, ini yang semua kita setuju.

09:25: kami di Sabah sudah merasai, hasil perpecahan umat Islam

09:40: 1985-1994 kita pernah kehilangan kekuasaan Melayu Muslim.

09:52: Akhirnya implikasinya, kami merasakan, saya sendiri menjadi mangsa pertama tahun 1984 sepatutnya saya sudah terbang ke Mesir tapi kerana biasiswa semua dibekukan, kerana pertukaran order baru maka tindakan baru, So akhirnya yang menjadi mangsa, soal pendidikan, soal politik, soal pentadbiran dan lain-lain lagi.

10:38: Pimpinan parti Berjaya, Sabah negeri membangun dengan pimpinan yang begitu bagus. Tapi mana-mana pemimpin pun akhirnya ada kesilapan mereka.

11:17: dan akhirnya Allah uji dan kerajaan ini tumbang dan naik satu kerajaan lain yang memyebabkan kami sendiri merasa....

12:17: (Surah Ali Imran: Ayat 103)

12:30: Sudah sampai masanya kita mengetepikan apa masalahnya antara Partai orang Melayu, kalau kita boleh bersekongkol dengan orang bukan Islam kenapa kita tidak boleh bersekongkol sesama Melayu.

12:44: Mungkin hanya bajunya sahaja berbeza tetapi akidahnya sama, Kiblatnya sama, syahadatnya sama, Ibadatnya sama. Kalau tidak, kita akan sekali lagi berhadapan dengan apa yang kami hadapi di Sabah tahun 1985-1994.

13:36: termasuk dalam soal-soal perpaduan ummah, soal-soal politik dan lain-lain.

14:00: Sabah ini dalam tahun 2015 atau lebih sedikit. Adalah dijadikan antara Point golden Triangle (Jakarta, Singapura, Kota Kinabalu) untuk gerakan zending movement

21:50: saya ingik menyerulah, sapaya kita melupakan persengketaan, melupakan perbezaan. Sama ada perbezaan itu perbezaan politik, atau perbezaan pendekatan. Orang-orang dakwah macam kita ini tuan-tuan kena berlapang dada...

22:34: untuk menegakkan kepimpinan Islam

23:48: kalau kita ingin bercakap soal masyarakat majmuk, Sabah lah tempatnya, kalau kita ingin bercakap mengenai 1Malaysia pun Sabah lah juga tempatnya...

24:52, Cuma yang saya harapkan dalam symposium seperti ini, letakkan Islam dihadapan, di manapun Islam di hadapan. Soal-soal lain, bangsa, jamaah, parti nombor 2 nombor 3……
Untuk TUJUAN PENYATUAN UMMAH
  

Ulasan:
Sepanjang tempoh 25 minit beliau (Ust. Hj Bungsu) berucap, sebanyak lebih kurang tujuh (7) kali beliau mengulangi perkataan "Penyatuan atau Perpaduan". Ceramah yang beliau sampaikan dengan jelas lebih menekankan kepada aspek penyatuan ummah dengan mengetepikan segala perbezaan ideologi, bangsa dan parti tetapi meletakkan agama dihadapan untuk tujuan Penyatuan Ummah.

Dua (2) pendedahan penting yang sebenarnya cuba disampaikan oleh beliau:
1. Peristiwa yang berlaku di negeri Sabah sekitar tahun 1985 hingga 1994
2. Zending Movement 2015.


Share this Article on :

2 comments:

Anonymous said...

LAIN KALI GUNAKAN BAHASA MALAYSIA BUKAN BHS MELAYU..JGN NAK SAMAKAN SABAH SARAWAK..ISU AGAMA NAK KAITKAN DLM PERPADUAN IF X KENA CR AKAN MENGAKIBATKAN KUCAR KACIR

Anonymous said...

Boleh tunjukkan kepada saya ayat Al-quran mahupun hadis mengenai perubahan nama Melayu Dusun, Melayu Kadazan dan Melayu Murut sebagai sandaran perpaduan? Atau lebih tepat di bawah naungan melayu? Cadangan ini tidak releven langsung dan tidak pernah disuarakan mana2 ulama di Timur Tengah.

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.