KES RAYUAN YONG TECK LEE DITUNDA 18 NOV



Dipetik: Daily Express (July 16, 2013)

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan pada 18 November pendengaran rayuan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Presidennya Datuk Yong Teck LEe terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan parti membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah berkenaan tragedi "Double Six".

Rayuan ditetapkan untuk didengar pada Isnin di hadapan Hakim Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Lim Yee Lan dan Dato' Mah Weng Kwai.

Bagaimanapun, Skinner memerintahkan agar kes didengar pada satu lagi Mahkamah Rayuan dengan alasan beliau tidak dapat mendengar kes kerana turut mewakili Yong dalam satu lagi kes.

Pada 29 Februari, 2013 Harris menang dalam saman fitnah terhadap SAPP dan Yong kerana menfitnahnya terlibat dengan punca tragedi Double Sic yang mengorbankan Tun Fuad Stephens dan kesemua penumpang kapal terbang Nomad pada 6 Jun, 1976.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato, Abdul Rahman Sebli memerintahkan Yong dan SAPP supaya membayar pampasan RM1juta kepada Haris.

Haris, pada mulanya memfailkan sama pada 19 Julai 2010 meminta pampasan am, gantirugi serta teladan tidak kurang dari RM50 juta daripada Yong yang dinamakannya sebagai defendan pertama dan SAPP sebagai defendan kedua kerana memfitnah.

Peguam Datuk Simon Shim mewakili Yong manakala Haris diwakili Yunof Maringking.

No comments:

Post a Comment