NILAI SEMINIT


Dipetik: Solusi Isu 56

Apakah yang kita boleh buat dengan seminit?
Ya, tidak banyak yang kita boleh buat dengan seminit.
Dalam satu minit kita hanya sempat:

Dengan Seminit

Berzikir  sebanyak 100 kali
"Sesiapa yang membaza (lafaz di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Atau berzikir   sebanyak 50 kali
Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah al-Rahman. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Atau berzikir sebanyak 40 kali
Ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah syurga.
(Riwayat al-Bikhari)

Atau berselawat sebanyak 30 kali
Kalau sekali selawat, Allah berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah.

Atau membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali
Kalau baca sekali seumpama 1/3 al-Quran, maka dalam seminit, 5 kali kita mengkhatam al-Quran

Atau membaca 5 kali surah al-Fatihah
Inilah surah teragung dalam al-Quran. "Hendakkah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu alhamdulillahi rab al-alamin. Ini tujuh ayat yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima." (Riwayat al-Bukhari)

Atau memberi salam dan berjabat tangan dengan 5 orang.

Atau membaca 2 helai halaman daripada majalah bermanfaat.

Atau membaca sehelai halaman al-Quran

Atau mendapat reda dan restu ibu bapa dengan menelefon dan bertanya khabar mereka di kampung.

Atau mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada Allah.

Ya, "tidak banyak" yang boleh kita lakukan dengan seminit.



No comments:

Post a Comment