LANDSKAP PRU13 SABAH: MANIFESTO BN SABAH


Menangani Pendatang Haram; Komitmen untuk melaksanakan cadangan-cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berdasarkan kepada hasil siasatannya terhadap masalah pendatang haram;
Undang-undang Tanah; Komitmen untuk memelihara dan memperkenalkan undang-undang yang relevan dan institusi untuk menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri serta mempercepatkan pemprosesan permohonan tanah;
Keamanan Dan Keselamatan Di Bawah Kawasan Keselamatan Timur Sabah;
·                ESSCOM diwujudkan untuk mempertahankan keamanan melindungi rakyat dan menjamin keselamatan dan kedaulatan Sabah;
·                Menubuhkan kawalan bersama antara awam, Polis dan Tentera untuk menyelamatkan pantai Sabah daripada pencerobohan;
·                Memperkenalkan 5 batalion anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
·                Menambah anggota daripada pasukan Gerakan Am (GOF) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
·                Mendirikan Ibu pejabat di Lahad Datu, meliputi kawasan Pantai Timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
Peluang Saksama Dalam Perkhidmatan Negeri; memastikan peluang yang saksama berdasarkan merit untuk semua rakyat Malaysia dan mewakili setiap kaum, cekap serta memberi perkhidmatan mesra rakyat;
Industri Minyak dan Gas;
·                Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah,
·                Mendapatkan lebih banyak manfaat dan penyertaan rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas negeri Sabah.
Perjanjian 20 Perkara; Akan terus mendukung memaju dan memelihara semangat perjanjian 20 perkara.
Pembasmian Kemiskinan; Mengurangkan tahap kemiskinan kepada 3% dalam tempoh 5 tahun dengan menyelaraskan semua program kerajaan untuk memperkasa masyarakat setempat supaya berdikari dan dengan melaksanakan program-program transformasi untuk merubah cara berfikir, membina watak dan kecekapan mereka;
Memelihara Alam Sekitar;
·                Memastikan penggunaan yang efisien dan pengurusan sumber alam yang mampan;
·                Komitmen untuk memelihara alam sekitar, keindahan semula jadi, aset-aset negeri;
·                Menyasarkan 2014 sebagai tahun pensijilan untuk kawasan hutan berlesen jangka panjang di bawah forest stewardship council (FSC) dan standard alam sekitar yang lain;
Membanteras Rasuah; memastikan dan memperbaiki ketelusan dan tadbir urus di semua peringkat perkhidmatan kerajaan.

Perundingan Dengan Masyarakat Dalam Pembuatan Dasar; Mengukuhkan sistem perundingan yang memastikan penyertaan dari semua peringkat dalam proses membuat keputusan;
Sasaran Terhadap Pembangunan Belia & Sukan;
·                Menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
·                Memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlet yang akan mengharumkan negeri dan negara.
·                Memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.
Memperkasakan Wanita dan Memastikan Kesaksamaan Gender; Meningkatkan penyertaan wanita secara efektif dalam tenaga kerja dan memastikan kesaksamaan gender dalam membuat dasar di semua peringkat politik, sosial dan ekonomi;
Meningkatkan Pembangunan Modal Insan;
·                Membina kumpulan tenaga kerja yang dinamik dan kemahiran kepimpinan yang sesuai dengan ekonomi moden;
·                Memastikan peluang-peluang saksama bagi semua kaum dan gender untuk mendapatkan bantuan-bantuan pendidikan seperti pinjaman, biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam tempatan;
Penyertaan Dalam Ekonomi Moden;
·                Mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi ekonomi moden dan yang berasaskan industri;
·                Menjalankan kajian dan pelaburan untuk memajukan dan mencapai ekonomi berorientasikan eksport;
·                Memastikan penyertaan Bumiputera yang berkembang dan berkesan dalam bidang perdagangan industri;
Merapatkan Jurang Pembangunan Antara Bandar dan Luar Bandar;
·                Meningkatkan taraf hidup semua masyarakat tempatan di luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah;
·                Meluaskan rangkaian jalan raya di kawasan luar bandar untuk memajukan pembangunan dan perniagaan;
·                Akan terus mengawal, memantau senarai harga barang-barang keperluan asas, dan memperkenalkan dasar-dasar dan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan kos sara hidup;
Keberkesanan Badan-Badan Negeri;
·                Menggalakkan pembaziran yang tidak munasabah dan memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian awam;
·                Memperbaiki pentadbiran agensi-agensi kerajaan untuk memelihara kepentingan awam dan memaksimumkan pulangan kepada kerajaan;
·                Memastikan kebertanggungjawaban awak ke atas semua agensi-agensi negeri dan pegawai-pegawai.





No comments:

Post a Comment