KERETA FATMAWATI DISIMBAH CAT MERAH......!!!!!!!!.. DENGARKAN LUAHANKU


Petikan Ringkas Artikel FITNAH!!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!!... WALAPUN DIUGUT DAN KERETA DILONTAR DENGAN CAT MERAH, CALON PAS DUN TG BATU, TAWAU, SABAH TIDAK GENTAR....LAGI KUAT SEMANGAT DAN ILTIZAM NAK LAWAN CALON BN!!!!!!... TAKBIR!!!!!

Calon PAS Dun Tanjung Batu, Fatmawaty Mohd Yusuf mendakwa berdepan gangguan emosi dan keselamatan apabila kereta miliknya disimbah cat merah awal pagi tadi.


ULASAN PENGARANG;

Buat pertama kalinya, izinkan pengarang menggunakan perkataan "AKU" menggantikan kata nama "Pengarang" yang selama ini terpakai untuk setiap artikel.

Seumur hidpu aku, dan selama aku membesar dan bersekolah di Tawau sehingga ke Keningau, Inilah kali pertama aku dengar ada calon pembangkang rumahnya di baling batu dan disimbah cat merah. Dan buat pertama kalinya juga insiden ini dikaitkan dengan unsur politik. Kalau orang luar yang bercakap, sememangnya tidaklah selayaknya, namun kalau orang kampung yang bercakap, kurang-kurang orang percayalah sikit.

Selama aku membesar di bumi Tawau, dari kecil hingga dewasa, aku bukan nak fitnah mana-mana pihak la. Namun setakat mana yang aku ingat, orang yang buat kerja-kerja macam ni hanya orang PAS. PAS di tawau ni memang terkenal dengan sifat ekstrimnya. Aku tinggal di Kg. Pasir Putih DUN Tg Batu, dan aku cukup kenal perangai-perangai buruk orang-orang PAS. Banner, poster dan bendera BN yang digantung, semua akan dirosakkan, dikoyak atau diconteng oleh penyokong PAS. Pendek kata, hanya bendera PAS sahaja yang boleh naik di tawau ni.

Tak perlu sebut soal Politik la, bahkan solat berjemaah di masjid pun dorang boikot ba. Dorang lebih sanggup anjur solat tarawih berjemaah di tabika (PASTI) meskipun masjid hanya beberapa meter daripada rumah. Inilah sikap PAS Sabah.

Kepada Fatmawati, sebelum menghamburkan tuduhan berunsur politik, terlebih dahulu tanyalah diri sendiri. Benarkah pencalonan beliau direstui semua pihak daripada ahli PAS dan ahli DAP yang dikhabarkan berminat untuk bertanding. Bukan soal LAWAN TETAP LAWAN, tapi soal Anda tu ISLAM dan saya juga ISLAM. So letaklah berjuangan ISLAM pada landasan sepatutnya dan bukan pada nama semata-mata.

Dulu masa aku bergelar Mahasiswa, PAS cukup gah dengan pemimpin-pemimpin mereka yang hadir dengan imej Islam dan pemikiran serta penulisan yang berfakta dan rasional. Namun kini, segalanya berubah, nama yang Gah itu hanya tinggal pada nama tidak seperti dulu.

Apapun keadaannya, aku warga Tawau "Pada idik Pada Ki" menentang politik ekstrim. Walau siapapun dalangnya, walau apapun tujuannya, ingat Niat tidak menghalalkan cara.

SELAMAT BERJUANG

SEMOGA SABAH TERPELIHARA DAN TERUS MAJU KE HADAPAN.

SALAM PRU13 "GUA TATAP SUKUNG BN" 

1 comment:

  1. walau aku suda manatap di melaka, sabah tatap dihati.. idup BN

    ReplyDelete