Berikut DKM senaraikan antara bantuan yang diterima oleh rakyat menerusi kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Sri Najib bin Tun Razak. Pengarang yakin dan percaya bahawa, hampir keseluruhan rakyat di peringkat akar umbi baik yang menyokong kerajaan mahupun yang sebaliknya telah menerima dan menikmati bantuan yang disediakan oleh kerajaan tanpa ada sebarang unsur prejudis. Mungkin apa yg DKM bentangkan ini, tidak lengkap atau tidak meliputi keseluruhan bantuan yang telah diagihkan oleh kerajaan yang peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat.
Sebelum kita terus kepada jenis-jenis bantuan tersebut, di sini DKM berminat untuk berkongsi sedikit info yang pengarang dengar sendiri daripada mulut rakyat berkaitan kerajaan kini;
"kita sebagai rakyat tidak mintak banyak daripada kerajaan.... apa guna projek dengan peruntukan berbilion ringgit jika kita tidak dapat apa-apa daripada projek tersebut. Sekurang-kurangnya kita dapat juga merasa pemberian BR1M yang diberi oleh kerajaan berbanding dengan projek berbilion-bilion yang diumum kerajaan"....
BR1M
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang. Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.
“Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat.
BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.
Berita Baik: Terbaru, memetik ucapan TPM.... BR1M akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pastinya hasrat ini hanya akan menjadi nyata jika BN masih diberi kuasa dan amanah untuk mentadbir negara.
BL1M
MENGENAI BL1M
BL1M (BANTUAN LESEN
1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun
2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada
6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program
perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan
berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh
negara.
Program ini telah
diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila
ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO
MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB
mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah
memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan
masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya
menunggang tanpa lesen.
FAKTA BL1M
•Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
•Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
•Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
•Terbuka kepada rakyat yg
tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
•Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan
oleh JPJ. Tiada jalan pintas. • Akan berjalan serentak setelah dirasmikan •
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali
SYARAT PENYERTAAN
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17
hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh
pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa
program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services
Berhad')
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses
pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian
helpdesk
MyEG 03-7801 8888
MyEG 03-7801 8888
10. Tiada cara pintas
SYARAT KELAYAKAN
•Murid
warganegara Malaysia
•Bersekolah
di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
•Murid
Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi
sesi persekolahan 2012 (1), 2013 (2)
Kerajaan Perkenal Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim akan diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan. Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman dan RM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.
KELAYAKAN
1. Permohonan
terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon
mesti mempunyai pendapatan kasar antara 500 – RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh
pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain
yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon / pasangan tidak menerima bantuan dari
skim-skim khas lain Kerajaan yang diluluskan oleh ASNB:
i.Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT)
ii.ASB Sejahtera
iii.ASW 2020 Bandar
6. Pemohon/
pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB atau
sekiranya ada, pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
7. Status
akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS
1Malaysia) seperti mana yang telah ditetapkan sekiranya masih ada;
i.Bumiputera - 50%
ii.Cina - 30%
iii.India
– 15%
iv.Lain-lain – 5%
9 Hanya salah seorang isi rumah yang layak
memperoleh pembiayaan pinjaman
10 Permohonan
diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Kerajaan perkenal Klinik 1Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar seperti mana klinik desa di luar bandar, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, klinik itu akan ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema.
Beliau juga Menteri Kewangan berkata, klinik itu akan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
"Sebagai permulaan, 50 klinik akan dibuka di kawasan terpilih dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan menaikkan kadar elaun kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di sekolah pendidikan khas kelolaan badan bukan kerajaan (NGO) daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap seorang mulai 1 Januari 2010.
Beliau berkata, peruntukan RM3.3 juta yang disediakan itu akan memberi manfaat kepada hampir 4,000 kanak-kanak OKU. - Bernama
1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.
OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
KRITERIA
KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri
daripada:
a) Warganegara
Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang
melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi
pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan
doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif
di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari
2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian
secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di
bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT
berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah
seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di
bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak
layak menerima baucar ini
kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600;
dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini
kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
TRIMA
Program
bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan buah
fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
atas keperihatinan beliau mengenai
masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham
akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian
meningkat yang turut mengugat keselamatan serta
keselesaan penumpang teksi.
Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.

Terma
& syarat-syarat dan proses permohonan
Terma
& syarat-syarat kelayakan:
Teksi bajet, teksi
eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
Memiliki Kad Pemandu
yang sah (pemandu pertama sahaja yang layak)
Warganegara
Bagaimana
memohon baucar:
Isikan Borang
Permohonan TR1Ma yang boleh dimuat turun di bahagian Kandungan muat turun atau didapati dari
akhbar-akbar utama atau pusat-pusat pengedaran baucer seperti pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi.
Salinan semula borang (fotostat) diterima;
Pastikan borang
lengkap diisi dengan maklumat peribadi pemandu, pilihan jenis dan saiz tayar
serta kod peniaga tayar.
Nyatakan pilihan samada mengambil baucar
secara serta-merta atau pada tarikh lain; atau melalui pos;
Kepilkan bersama
salinan fotostat Kad Pemandu dan salinan Kad Pengenalan;
Borang tersebut
mestilah diserahkan kepada pusat-pusat pengedaran baucar atau diposkan kepada alamat SPAD
yang tertera pada borang;
Anda akan menerima
dua (2) keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu.
Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA
bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan
gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar
utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri)
antara RM2,500 hingga RM7,500.00
YAB Perdana Menteri
Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat
pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang
semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan
bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan
untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan
menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan
menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga
RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.
KELAYAKAN
•Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia.
•Pemohon mestilah
berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
•Permohonan terbuka
kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata
bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500. Pemohon dan pasangan tidak
memiliki lebih daripada satu hartanah.
•Syarat-syarat
tambahan mengikut negeri-negeri.
Nota:
•Perumahan PR1MA akan
diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
•Pemilihan unit rumah
oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
•turutan cabutan
undian.
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
•tidak boleh
dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik wajib
mendiami rumah PR1MA tersebut.
'Kedai
Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini
yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.
Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk
meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan
bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah
diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa. Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.
Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.
Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada
rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM760 hingga RM2,300
sebulan.
TUJUAN PROJEK
Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang
pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah
pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760
sebulan bagi miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan
rendah.
4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:
• Penempatan pekerjaan
• Perniagaan kecil-kecilan
• Penyediaan perkhidmatan
• Pertanian
4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:
• Penempatan pekerjaan
• Perniagaan kecil-kecilan
• Penyediaan perkhidmatan
• Pertanian
FAEDAH
Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah
menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah.
Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.
Pendekatan Pelaksanaan
Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara
berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development
Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor,
pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain
melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah
dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan
Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results
Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula
pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar
kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan
sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja
bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya
RM760 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa mahir.
AZAM KERJA
Peluang
menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan fokus
kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai
kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran
disediakan.
Contoh pekerjaan adalah seperti:
• Jurujual produk
• Pengurusan rumahtangga
• Pekerja restoran makanan segera
• Pelayan restoran
• Pekerja hotel
• Program Menjana Pendapatan seperti tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan Mat Salai

AZAM TANI
Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan
pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:
• Pertanian berkelompok
• Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
• Ternakan
• Projek hiliran hasil pertanian
• Pertanian berkelompok
• Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
• Ternakan
• Projek hiliran hasil pertanian
AZAM NIAGA
Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan
kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan
adalah:
• Makanan dan minuman
• Kiosks
• Perniagaan runcit
• Industri kraftangan
• Makanan dan minuman
• Kiosks
• Perniagaan runcit
• Industri kraftangan
AZAM KHIDMAT
Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan
seperti:
• Rawatan penjagaan diri
• Andaman pengantin
• Spa dan refleksologi
• Rawatan penjagaan diri
• Andaman pengantin
• Spa dan refleksologi
Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.
COOP 1M
27/10/2011 9:52pm
PETALING JAYA 27 Okt. Pengguna akan mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan barangan harian pada harga lebih rendah dengan kualiti setanding produk berjenama menerusi pelancaran produk Coop 1Malaysia (Coop1M) hari ini.
Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) telah
memperkenalkan 24 jenis produk antaranya sos cili, mee segera dan kicap
yang akan dipasarkan di 500 koperasi di seluruh negara pada harga yang
kompetitif iaitu antara 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada barangan
berjenama.
"Koperasi
berkenaan termasuklah Coop Mart yang terlibat dengan program Tukar, dan DMart, koperasi di bawah
FTSB.
"Pengenalan
produk Coop1M bukan untuk memberi persaingan kepada barangan yang dijual di
Kedai Rakyat 1Malaysia tapi untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna,
katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu dan merasmikan pusat
pengedaran Koperasi Permodalan Felda Berhad di Subang Jaya di sini, hari ini.
Beliau berkata, FTSB
telah melantik Kontena Nasional sebagai rakan strategik yang bertanggungjawab
menguruskan pusat pengedaran, pengangkutan dan penghantaran barangan ke semua
koperasi terlibat di seluruh negara. Bernama
REBAT TELEFON PINTAR
Syarikat
telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih
akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model
di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka. Oleh itu, belia
seharusnya mencari logo ‘Pakej Komunikasi Belia’ yang akan dipaparkan pada kain
rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi
mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil
bahagian.
Syarat Kelayakan Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia.
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. Klik Sini Untuk Buat Permohonan Online Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Bermula 1 Januari 2013)

The
Komputer 1Malaysia initiative, which was announced by Y.A.B. Prime
Minister on 24 March 2010 under the National Broadband Initiative
(NBI), aimed at providing netbooks to underserved groups from underserved
areas in view of boosting up the broadband access service take up
per household in accordance with the National Broadband Plan
(NBP).
The ultimate goal of this project is to ensure that communities living in underserved areas are connected to mainstream information and Communications Technology (ICT) development thus enabling and empowering these connected communities and bring about socio-economic development for those communities in the various sectors such as education, business, agriculture, health, amongst others.

SPP1M (Bantuan terbaru)
Khamis, 7 Februari 2013
Kerajaan melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan peruntukan awal RM5 bilion untuk membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.
Skim terbuka kepada ibu bapa dan individu membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara dengan kadar faedah lebih rendah daripada pasaran serta bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.
SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.
Pinjaman hingga RM150,000
Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi serta
SPP1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra, di sini semalam. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin.
SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.
Perdana Menteri berkata, skim diperoleh melalui bank atau institusi kewangan dan setakat ini Maybank dan RHB Bank bersetuju menyertai skim berkenaan.
“SPP1M adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai,” katanya.
Najib berkata, skim itu dijamin oleh kerajaan 10 peratus atau sehingga RM500 juta daripada jumlah keseluruhan dana.
Katanya, ia disasarkan kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan tinggi tetapi tidak mampu menampung pembiayaan pendidikan berikutan peningkatan kos pendidikan, terutama di luar negara.
Sementara itu, Nor Mohamed, pada sidang media selepas itu, menjelaskan skim itu akan memanfaatkan ramai ibu bapa yang tidak mempunyai dana mencukupi bagi membiaya kos tambahan pendidikan tinggi anak mereka.
- BERITA HARIAN
0 Comments