PR SABAH SEMAKIN TERDESAK


PAPAN IKLAN ANIFAH DIPALIT CAT

Daily Express 20.02.2013

PAPAR: Ketua Pemuda UMNO Kimanis Mohamad bin Alamin menyelar tindakan laku musnah ke atas papan iklan yang memaparkan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman di satu bulatan jalan dekat Kg. Benoni di sini dan di jalan Membakut - Beaufort. 

Menurut beliau, tindakan seperti itu melambangkan budaya samseng yang diguna pakai oleh orang tidak beretika. "Melaku musnah papan iklan seperti itu boleh dianggap sebagai merosakkan harta benda di tempat awam dan individu yang melakukannya tidak mempunyai kesedaran sivik.

"Semua puhak berkenaan perlu bertindak dengan matang apabila menunjukkan prinsip politik masing-masing tetapi bukan dengan menyapu cat pada papan iklan yang mempunyai muka seorang pemimpin, ia tidak sopan dan tidak bertanggungjawab, katanya.

Mohamad, yang juga seorang peguam, berkata demikian kepada Harian Ekspres selepas membuat laporan tentang laku musnah itu di balai polis daerah, di sini, pada selasa.

Bersama ahli jawatankuasa sayap parti itu, beliau juga membuat satu laporan polis di Beaufort berhubung satu lagi papan iklan di kawasan Membakut yang juga dilaku musnah. 

Mohamad berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.



KEPADA PUAK2 PR:
KALAU DAH RASA-RASA DIRI TU DAH KALAH..... BUAT LA CARA KALAH, NI TIDAK..... DAH LA KALAH, CONTENG PULA PAPAN IKLAN ORANG LAIN. HamPAS tul la.....

No comments:

Post a Comment