RCI: PEMIMPIN SABAH TUNTUT DSAI BERI KETERANGAN


Jika anda merupakan penyokong tegar PR dan sering hadir ke sesi ceramah DSAI di mana-mana pelusuk di negeri Sabah, anda pastinya akan sedar bahawa DSAI tidak pernah menyentuh ISU PENDATANG ASING dalam ceramah beliau. Carilah mana-mana video ceramah DSAI di Sabah yang mana beliau ada menyentuh soal PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) atau PATAI (Pendatang Asing Tapi Adai Ic). Kalau ada sepuluh (10) video yang anda semua jumpa, pastinya kebarangkalian beliau menyentuh soal PATI adalah 1:10.

Ketakutan DSAI kini semakin memuncak apabila semakin ramai pemimpin-pemimpin tempatan baik daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang tempatan seperti State Reform Party (STAR) menuntut agar DSAI disepina sebagai antara saksi untuk pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Pendatang Tanpa Izin di Sabah.


Richard Jimmy (STAR) misalnya, menyeru agar pemimpin utama Pembangkang itu tidak harus dikecualikan daripada memberi keterangan dalam pendengaran RCI kerana beliau merupakan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 1994.


Tegas beliau lagi "malah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri negara ini yang paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003, seperti dilaporkan oleh media kebangsaan pada jumaat, juga bersedia memberi keterangan sebagai saksi RCI jika beliau disepina oleh panel RCI".


Berikut merupakan kenyataan daripada beberapa orang pemimpin tempatan Sabah;


DATUK JOHNNY MOSITUN (PBS)


Whenever he come to Sabah he will only talk about how poor Sabah is to the extent that people in Semenanjung really think that we Sabahan are very poor. Since Anwar was the Deputy Prime Minister at that time then it would also be worthwhile for the people to hear his testimony”. (19.01.2013)




DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah)

"Beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah. Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau dalaman itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI.

"Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini hari ini.

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau 'ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itulah cara yang betul". (22.01.2013)


Sebagai rakyat Sabah yang menyokong penuh usaha murni dan berani daripada kepimpinan PM Malaysia, pengarang akan cuba untuk memuat naik rentetan peristiwa dan penemuan sepanjang berlangsungnya prosiding RCI di Sabah. 


No comments:

Post a Comment