ADA APA DENGAN BERSIH 3.0 (SABAH)


28 APRIL 2012

Buat Pertama kalinya dalam sejarah negeri Sabah, ketamakan dan kerakusan untuk berkuasa diheret melingkari ibu negei Sabah (Kota Kinabalu). Gambaran awal pengarang beberapa hari sebelum hari kejadian jauh terpesong. Dalam minda yang masih penuh dengan kesamaran, 1) Adakah BERSIH 3.0 akan sunyi sepi sepertimana BERSIH 2.0 yang telah lalu, 2) Adakah BERSIH 3.0 edisi Sabah  berupaya membayangi aura BERSIH 3.0 di semenanjung Malaysia, 3) Adakah anggaran 3000 orang yang di sasarkan oleh BERSIH 3.0 akan tercapai, 4) Adakah BERSIH 3.0 bakal menyaksikan duit peruntukan masuk ke poket-poket pemimpin dan penganjur sepertimana yang telah berlaku pada BERSIH 2.0 yang telah lalu.


Pagi 28 April 2012 (9.00 pagi)

Pengarang bersama beberapa orang rakan media dan rakan blogger lain berada dibeberapa lokasi, seperti mana yang telah dihebahkan di media alternatif milik pembangkang. Antara kawasan tersebut termasuklah, Center Point, Suria Plaza, Kompleks Sukan Likas dan Padang Merdeka. Daripada empat lokasi yang disenaraikan, kawasan perkarangan Restoran Sri Sempelang dan Restoran Sri Pantai yang berada berhampiran Center Point di kawasan Asia City adalah kawasan yang paling mencuri tumpuan pengarang. Ini adalah kerana, kelibat pihak berkuasa (Polis) sudah kelihatan di sekitar Centre Point dan sekitar Asia City.

Polis yang berada di sekitar kawasan lokasi perhimpunan

Suasana seperti mana yang berlaku di sekitar Asia City tidak berlaku di Suria Sabah. Daripada pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan oleh pengarang, hanya terdapat 3 orang peserta yang menggunakan baju BERSIH 3.0 berada di sekitar perkarangan Suria Sabah. Pengarang sempat bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu utama Suria Sabah berkenaan dengan lokasi sebenar Himpunan Hijau sepertimana yang telah diwar - warkan di media alternatif pembangkang. 

Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan bahawa lokasi tersebut benar-benar di hadapan pintu utama Suria Sabah, beliau menjangkakan akan ramai yang berkumpul menjelang pukul 11.00 pagi. Beliau sempat memaklumkan kepada pengarang yang beliau naik satu bas bersama dengan ahli demonstrasi BERSIH 3.0 yang memakai T-shirt kuning tersebut, apa yang lucunya, pemandu bas tidak membenarkan penumpang yang memakai baju BERSIH 3.0 daripada menaiki bas tersebut. Syukurlah, rupa-rupanya warga penggangkutan awam juga memboikut perhimpunan yang hanya menyusahkan orang awam seperti mana yang telah dialami pada siri Himpunan BERSIH 2.0 lalu.

Oleh kerana masih terlalu awal daripada jadual asal, maka pengarang dengan beberapa orang sahabat berusaha mendapatkan maklumat di sekitar Kompleks Sukan Likas. Menurut maklumat daripada beberapa sumber dan orang dalam parti SAPP dan PKR itu sendiri, YTL dijangka akan menyerahkan memorandum kepada Timbalan PM yang dijadualkan merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASB).




11:00 - 12:00PM (Suria Sabah)


peserta perhimpunan telah mula mengerumuni perkarangan Suria Sabah. Sekitar pukul 12.00 -12.20, peserta yang hadir dianggarkan berjumlah  60 hingga 70 orang. Peserta yang hadir terdiri daripada tiga (3) kumpulan utama yang masing-masing memakai T-shirt Bersih 3.0, USDA dan Himpunan Hijau 3.0 (Stop Lynas). Keadaan di sekitar perkarangan Suria Sabah kelihatan masih terkawal dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan seperti RELA, Polis dan Unit tentera udara terus melakukan pemantauan. Peserta himpunan yang terdiri daripada 3 kumpulan ini mengambil gambar sebagai tanda kesepakatan.
T-shirt USDA


T-Shirt Lynas












Kempen menurunkan tanda tangan sebagai tanda sokongan kepada Amburger (Bukan A. Samad Said ek?)




Kehadiran peserta menjelang detik pukul 1.00 petang (iaitu waktu yang dijadualkan untuk peserta mula berhimpun di Taman Bunga yang bersebelahan dengan Mahkamah Negeri) kini mencecah 150 hingga 200 orang. Angka ini dijangka terus bertambah sehingga menjelangnya detik pukul 1.00 petang. Antara aktiviti yang sempat dirakamkan termasuklah, sesi menurunkan tanda tangan peserta himpunan Bersih 3.0 di atas banner yang tertera gambar Pengerusi Penganjur (Ambiga Srinevasan) dan tertulis perkataan “Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia”, dan sesi penjualan T-shirt Himpunan Hijau 3.0 yang berharga RM25.00 sehelai.


11:00 - 12:00PM (Centre Point/ Asia City)
Peserta himpunan yang berada di sekitar Asia City (Khemah, Restoran Sri Sempelang dan Restoran Sri Pantai) kelihatan telah mula berkumpulan di perkarangan Restoran Sri sempelang. Kehadiran peserta himpunan dianggarkan berjumlah 300 hingga 400 orang. Majoriti yang hadir merupakan penyokong tegar PKR dan PAS.

 Penyokong Tegar PKR berhadapaan Restoran Sri Sempelang


 Restoran Sri Pantai




01:00 - 02:00PM (Suria Sabah)
Dianggarkan seramai 250 hingga 300 orang peserta himpunan Bersih 3.0 telah mula membanjiri dataran Suria Sabah. Himpunan yang dijangka akan memulakan perarakan menuju ke Taman Bunga Bersebelahan Mahkamah Negeri tepat pukul 1.00 petang dilihat sedang  memulakan acara dengan nyanyian “Lagu Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku”



Seorang  individu yang mendakwa wakil penganjur dilihat mengeluarkan arahan kepada semua peserta agar berkumpul dan sama-sama bergerak menuju ke Taman Bunga dengan cara yang berhemah. Peserta turut diingatkan oleh penganjur agar tidak menghalang dan mengganggu lalu-lintas bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini daripada berlaku.


Kumpulan yang bergerak dari Asia City

Sekitar pukul 1.30, peserta telah mula bergerak menuju ke Taman yang bersebelahan dengan Mahkamah Negeri. Peserta yang bergerak daripada Suria Sabah  akan bergabung dengan kumpulan yang bergerak dari Asia City dan Kumpulan yang telah sedia menunggu di taman, iaitu (TABAH).






Suasana Sekitar Taman Berhampiran Kompleks Mahkamah KK





Perhimpunan Bersih ketika ini telah bergabung dengan kelompok Bersih yang bergerak dari 3 tempat (Asia City, Suria Sabah dan Taman Bunga) Datuk Jimmy Wong memulakan ucapan  dan beliau menyeru agar bangkit dan jangan takut  untuk berjuang demi hak rakyat anak Sabah. Selepas itu Datuk Ansari bin Abdullah berucap dimana beliau juga menyentuh tentang RCI yang mana kerajaan tidak melayan tuntutan mereka itu.

Kumpulan besar mula terbentuk apabila ketiga-tiga (3) kumpulan tadi bertembung di Taman Bunga bersebelahan dengan Kompleks Mahkamah Negeri. Anggaran kehadiran mencecah sehingga ke dua ribu (2,000) orang. Wakil TABAH Sabah yang juga merupakan ahli PAS, mengarahkan agar peserta himpunan berkumpul dan duduk di sekitar astaka untuk mendengar ucapan daripada penganjur Bersih 3.0. Sebelum ucapan daripada pemimpin dan penganjur program, peserta diminta untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku.



Antara pemimpin Pakatan (PR) yang memberi ucapan termasuklah YB Jimmy Wong (Adun Sri Tanjong). Inti pati ucapan beliau termasuklah, Kerajaan kotor dan perlu dibersihkan, Barisan Nasional (BN) memberikan Kad Pengenalan kepada PATI untuk menjadi pengundi
3.    Perdana Menteri (PM) mesti menubuhkan RCI segera.

Seterunya ucapan daripada Ansari Abdullah (Ketua Cabang PKR Tuaran). Kandungan ucapan beliau menyentuh soal;  Kerajaan BN kotor,Daftar pemilih Kotor dan penuh penipuan
3.    Minta Najib (PM) dan Rosmah (Isteri PM) segerakan semua tuntutan RCI.

Ketika berlangsung ucapan daripada Ansari, terdapat satu kumpulan kelihatan telah mula meninggalkan kelompok besar. Kelompok ini merupakan ahli-ahli SAPP yang dilihat tidak senang dengan penganjur yang tidak memberi ruang dan penghormatan kepada Presiden Parti SAPP (Dato’ Yong Teck Lee) untuk memberi ucapan di permulaan majlis. Kumpulan ini berkeras untuk terus menuju ke Padang Merdeka tanpa perlu mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin Bersih 3.0. 

 Ahli SAPP mula meninggalkan kumpulan besar

Berlaku pertikaman lidah antara SAPP dengan penganjur yang meminta SAPP untuk duduk bersama kumpulan besar namun tidak diendahkan oleh ahli-ahli SAPP. SAPP kelihatan mula meninggalkan kawasan Taman berkenaan dan menuju ke Padang Merdeka.

Pertikaman lidah antara ahli SAPP dengan penganjur

Berlaku pertikaman lidah antara penyokong-penyokong SAPP dengan penganjur Bersih 3.0 Sabah. Menurut sumber yang paling hampir dengan lokasi dan individu yang terlibat dengan pertikaman lidah tersebut, Terdapat dua (2) punca utama mengapa SAPP bertindak memboikot kumpulan besar Bersih 3.0. 

1) Penyokong SAPP berasa tidak puas hati bila mana YTL tidak diberi peluang untuk berucap, 

2) Menurut fahaman SAPP, ini adalah perhimpunan Duduk dan Bantah dan bukannya ceramah politik. Tetapi penganjur pula sedang memberi peluang kepada wakil2 politik untuk berucap dan menghentam kerajaan. Keadaan ini menurut SAPP adalah bertentangan dengan tujuan asal Bersih 3.0 itu dianjurkan. 

Sehubungan dengan itu, seramai 300-400 orang ahli-ahli dan penyokong SAPP memboikot kelompok besar himpunan Bersih 3.0 dan bergerak ke Padang Merdeka tanpa mengendahkan arahan daripada pihak penganjur. 


Banner turunkan tanda tangan (Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia)




Peserta yang mendakwa mereka Anak Muda


YB Dato’ Yong Teck Lee yang mengarahkan penyokong SAPP meninggalkan kelompok besar dan berkumpul di sebelah Astaka Padang Merdeka
.


Kumpulan besar yang tiba 30 minit selepas SAPP, Sebahagian peserta yang berada di luar padang Merdeka


Latihan oleh Polis FRU yang dapat menghalang peserta bersih masuk ke dalam padang. Pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan dimana Jurucakap yang memberi arahan dalam latihan tersebut dapat mematahkan provokasi daripada peserta Bersih.



Suasana Ketika DI Padang Merdeka;




SAPP yang telah sampai 30 minit lebih awal daripada Kumpulan Besar Bersih 3.0 telah mula melakukan provokasi. Namun, provokasi tersebut tidak diendahkan oleh penguatkuasa karana ketika itu sedang berlangsung Sesi Latihan melibatkan agensi-agensi penguatkuasa seperti, POLIS, FRU, RELA dan BOMBA. Kumpulan SAPP bersama YTL cuba untuk mengambil alih kawasan pentas utama, namun tidak dibenarkan oleh petugas program berkenaan. Sekitar sejam permintaan SAPP tidak diendahkan, maka selang sejam berikutnya kumpulan ini bersurai secara aman tanpa ada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Sementara kumpulan besar Bersih 3.0 yang telah sampai di Padang Merdeka, mengambil tempat disebelah kiri padang. Angka sebenar peserta dalam kumpulan ini telah berkurangan jika dibandingkan ketika kumpulan ini berada di Taman Bunga, lokasi permulaan himpunan. Pengarang berpendapat, mungkin ramai dari kalangan peserta telah mula sedar yang himpunan ini sebenarnya telah dari dari matlamat asal. Malah andaian bahawa terdapat peserta himpunan yang sependapat dengan SAPP untuk kekal dengan matlamat asal himpunan "Duduk dan Bantah" dan bukannya mengadakan ceramah politik.
Pandangan dari belakang peserta menghadap penceramah demonstrasi. Kini anda sendiri boleh lihat aura Bersih semakin merosot hanya kerana pengisian yang lari dari matlamat asal himpunan


Menurut pengamatan pengarang, rata-rata ahli yang berada di Padang Merdeka bersama-sama dengan penganjur Bersih 3.0 ketika itu adalah terdiri daripada penyokong tegar PKR, DAP dan PAS. Maklumat ini disahkan sendiri orang beberapa individu yang kenal rapa dengan ahli-ahli politik dan ahli-ahli parti di Sabah. Golongan remaja yang sebelum ini menyertai kelompok besar ketika berada di Taman Bunga kini tidak kelihatan lagi. Malah jumlah peserta yang ada di Padang Merdeka kini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan jumla peserta ketika berkumpul di Taman Bunga berhampiran Kompleks Mahkamah Sabah.

  Daripada jumlah besar, kini berkurangan secara mendadak hanya kerana pengisian program kini lari dari matlamat asal iaitu "Duduk dan Bantah". Peserta dianggarkan kini sekitar 300-400 orang.

Kesimpulan:


Pengarang selaku pemerhati bebas pada ketika itu berpendapat bahawa, hanya Parti SAPP yang di terajui oleh Yong Teck Lee benar-benar mematuhi tema himpunan Bersih 3.0 iaitu "Duduk dan Bantah" . Maka pengarang amat menyokong tindakan penyokong SAPP yang bertindak meninggalkan kumpulan Besar yang ketika itu, wakil-wakil politik parti dan NGO sedang menyampaiakn ceramah berbaur fitnah politik yang dengan jelas buktinya masih samar dan amat diragui.


Namun berbeza dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia, rakyat Sabah masih lagi menjaga keamanan dan keharmonian negeri dengan tidak mengikuti aura Bersih 3.0 di Semenanjung Malaysia. Suasa harmoni dengan saling hormat menghormati antara pendemonstrasi Bersih kumpulan SAPP dengan Polis jelas kelihatan bila mana, selang beberapa minggu selepas demonstrasi tersebut, Kedua-dua pihak (SAPP dan Polis) saling mengucapkan terima kasih kerana SAPP mematuhi peraturan dan Polis tidak bertindak ganas mahupun menghalang perjalanan himpunan tersebut. 


Musli Oli juga ada di Taman tempat perhimpunan tersebut berlangsung. Malah sempat bergurau dengan peserta himpunan yang memakai baju biru. "Biru itu chelsea, Chelsea itu BN" hahahaha....lawak juga beliau ni.


Sumber Artikel: 
Ehsan Daripada: Ghaib Man, As, Pincur Man, Din, Cyral, Kerbau Sapi, Chaw, Ibrahim, Abd.













No comments:

Post a Comment