TANPA 1/3 KERUSI PARLIMEN: PEMBANGKANG SABAH TIDAK REALISTIK


Menjelang PRU13, semakin rancak aktiviti yang dianjur oleh parti politik samada yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia mahupun barisan kepimpinan daripada parti tempatan yang majoritinya anak jati Sabah. Bermula dari sekecil-kecil majlis yang dianjurkan di kampung-kampung menjalar ke Majlis Makan malam amal (1 kerusi RM150-300 X 8-12 kerusi 1 meja) yang menjadi simbolik bahawa Parti pembangkang tiada duit untuk bertanding walaupun rakyat sedia maklum yang pembangkang menerima dana dari luar negara yang masuk berduyun-duyun.

Daripada beberapa siri ceramah dan dialong yang dianjurkan oleh pembangkang tempatan, terdapat beberapa isu dan tuntutan yang sering dilaungkan oleh pembangkan tempatan;

PEMBANGKANG TEMPATAN (STAR, SAPP, SPF, USNO)
1. Tuntut royalti minyak ditingkatkan sehingga 20%
2. Borneonisasi
3. Isu Tanah
4. One Country Two System (Semenanjung dan Sabah Sarawak), 
5. Reformasi dalam hal tanah (undang-undang baru yang memberikan hak kepada pemilik asal), 

Tuntutan yang dikemukakan oleh STAR mungkin ada kebaikan dan manfaat untuk Sabah dan duit poket Jeffrey. Namun secara realistiknya, Sekiranya Pakatan menang sekalipun, tanpa Sabah memiliki 1/3 daripada jumlah keseluruhan agihan kerusi Parlimen. Dasar yang telah ditetapkan dan janji yang ditabur pada GE13 tidak akan mudah untuk dituntut.

Pembangkang tempatan baik daripada pakatan Yahudi mahupun pakatan tempatan (STAR, SAPP, SPF dan USNO), dilihat lebih suka mempopularkan isu-isu lapuk yang mana isu ini telah wujud sejak DSAI menjadi Timb. PM merangkap Menteri kewangan. Kesudahannya ketika itu, DSAI juga menggunakan pendekatan pandang sebelah mata terhadap tuntutan daripada rakyat Sabah. Mana mungkin suara rakyat Sabah akan berkumandang dengan lantangnya jika sabah masih kekal dengan negeri yang hanya memiliki 25 kerusi Parlimen. Dengan kata lain, dasar dan tuntutan yang kononnya mewakili Sabah dan Sarawak (25+31=56) dengan mudah akan dinafikan oleh majoriti 166 kerusi parlimen di semenanjung. Secara logiknya mampukah pemimpin Sabah yang konon-kononya mewakili suara rakyat Sabah bersuara, Jawabnya TIDAK. Agihan kerusi di atas merujuk kepada suasana jika pembangkang menang semua kerusi di Malaysia. Namun dalam suasana sekarang, pembangkang menganggarkan menang sekitar 80-90 kerusi dan di Sabah (5) dan Sarawak (5). Mampukah 10 Kerusi Borneo mewakili Suara Sabah, sekali lagi jawapannya TIDAK.

Kesimpulannya, tuntutan dan manifesto STAR dan pembangkang tempatan lebih suka menabur janji tanpa berfikir panjang. Janji juga lebih bersifat menagih simpati dan populariti setempat. Kenapa perlu gulingkan Parti Semenanjung (UMNO, MCA, GERAKAN = BN), sedangkan masih bekerjasama dengan parti dari semenanjung (PKR, DAP dan PAS). Jika STAR benar-benar tegas untuk memperjuangkan hak SABAH, pakatan tersebut seharusnya memfokus kepada pakatan daripada Parti setempat dengan mengetepikan parti semenanjung (PKR, DAP dan PAS). Anda sendiri boleh renungkan samada parti tempatan masih releven dalam memperjuangkan tuntutan rakyat sabah. Sabah memerlukan 1/3 daripada kerusi parlimen untuk bersuara dengan lebih lantang, bukannya hanya tahu menuntut, tapi hala tuju hilang entah ke mana.

No comments:

Post a Comment