Tuesday, April 24, 2012

Dipetik: Borneo Post





KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6 Jalan Kepayan Hotel Airport View, pagi kelmarin tidak mengalami kecederaan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan ketika kejadian berlaku, kenderaan yang dipandu oleh pemandu Azizah, Yousriesyah Hujin, 33, tidak semena-mena hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan sebelum melanggar besi penghadang jalan di lokasi berkenaan.



Selain Yousriesyah, Azizah turut ditemani pengawal peribadinya, Sairon Amit, 51, dalam insiden berlaku sekitar jam 7.45 pagi itu menuju ke Beaufort dari ibu negeri untuk menghadiri program rasmi di sana. Dipercayai, insiden itu telah mengakibatkan kaki kiri Sairon tersepit dan memerlukan pembedahan. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika ditemui berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan sambil menambah insiden itu akan disiasat lebih terperinci. “Kita mengesahkan insiden ini membabitkan seorang menteri Kabinet Sabah dan tiada kenderaan lain ketika kejadian berlaku.

“Kejadian berlaku semasa hujan lebat. Apapun kita akan menjalankan siasatan lebih mendalam,” katanya. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Yusof Ibrahim berkata, Azizah yang dipindahkan ke Pusat Perubatan Sabah (SMC) kira-kira jam 11 pagi telah sedarkan diri.

Menurutnya, Azizah tidak mengalami kecederaan dalaman dan berada dalam keadaan stabil namun mendedahkan pembantu peribadinya (Sairon) terpaksa memerlukan pembedahan. “Pemandunya juga berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun pengawal peribadinya sedang mendapat rawatan rapi ekoran pendarahan di bahagian kaki,” katanya.

Dr Mohd Yusof berkata Yousriesyah kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini dan keadaannya juga stabil manakala pengawal keselamatan Sairon Hamid, 51, masih memerlukan rawatan rapi. “Beliau (Sairon) kini masih berada di dalam bilik pembedahan dan kita masih berusaha memberhentikan pendarahan yang dialami Sairon,” katanya.

Difahamkan Sairon yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit yang memerlukan pembedahan. Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Awam menteri itu, Faizal Arshad berkata Azizah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 pukul 8 pagi sebelum dipindahkan di Hospital Queen Elizabeth 2, Luyang kira-kira pukul 11 pagi.

Faizal berkata ketika kejadian, Azizah sedang dalam perjalanan menuju ke Beaufort untuk menyempurnakan beberapa program penting termasuk merasmikan mesyuarat Umno kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, di Kampung Lajau, Gadong di Beaufort.

Menurutnya, Azizah juga dijadualkan merasmikan acara sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di River Park Hotel, Beaufo

Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.