APA KHABAR SAUDARAKU DI PALESTINE


Awal pagi tersedar dari tidur, alangkah syukurnya DKM kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dimuka bumi ALLAH S.W.T ini. Terlintas dibenak pemikiran DKM, bagaimana agaknya keadaan dibeberapa negara ISLAM yang tengah bergolak kesan daripada campur tangan asing terhadap kestabilan dan keamanan negara tersebut. Syukurlah Malaysia masih terhindar daripada semua bala petaka tersebut, meskipun negara-negara asing terus berusaha untuk mencampuri urusan Malaysia.

Tiba-tiba terlintas juga dilubuk hati nurani, bagaimana agaknya keadaan saudara-saudara seagamaku di Palestine yang masih berjuang dan akan berterusan berjuang hingga keakhir hayat mereka. Pintaku moga kemenangan untuk rakyat Palestine dan seluruh umat Islam akan termakbul jua suatu hari nanti. InsyALLAH

Dengarkanlah lagu-lagu di bawah sebagai hiburan dan santapan pagi




No comments:

Post a Comment