GAJI AMAH INDON: PPIM GESA KERAJAAN JANGAN TUNDUK

Gaji minah indon meningkat, tapi kes jenayah meningkat. Jika Malaysia bersetuju dengan kadar upah RM700.00 bagi setiap amah indon yang hanya melakukan 1 kerja, berapa pula upah yang harus dibayar oleh majikan yang ingin mengambil amah yang boleh melakukan lebih daripada satu tugas rumah. Nyata keputusan ini berat sebelah bagi Malaysia. Rasa-rasanya Malaysia tidak akan menghadapi masalah jika menghentikan buat sementara waktu pengambilan amah indon sehingga amah indon ini sendiri mendesak kerajaan mereka bersetuju untuk menerima cadangan gaji daripada Malaysia. 

Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan untuk tidak terlalu bergantung kepada amah daripada negara yang serumpun dengan kita tetapi tidak pernah menjaga hati jirannya. Seolah-olah Malaysia majikan tapi amah indon pula yang lebih berkuasa daripada majikannya. RM700 untuk 1 kerja, sedangkan ada rakyat tempatan yang terpaksa melakukan lebih daripada 1 kerja-kerja pembersihat di hospital dengan hanya mendapat bayaran sekitar RM450. Jelas tangga gaji untuk amah indon tidak adil untuk rakyat tempatan. Kalau masih kekal dengan kadar upah RM700 dan enggan dirujuk semula, mungkin kerajaan boleh memikirkan untuk mengambil amah daripada rakyat tempatan dan negara jiran lain seperti thailand, vietnam, kemboja dan myanmar. lupakan saja Amah Indon yang ego dan terkenal dengan kes membelasah anak majikan, bawa jantan masuk rumah tuan bila tuan rumah keluar bekerja, curi harta benda milik tuannya dan banyak lagi la.

Mungkin kerajaan juga perlu memikirkan perjanjian yang adil bagi kedua2 pihak, iaitu amah indon dan majikan. kalau mereka mendapat gaji sekitar RM700, majikan juga perlu mendapat pampasan ganti rugi daripada agensi pembantu rumah a@ amah indon terhadap kes-kes jenayah yang dilakukan oleh amah indon ini terhadap majikannya. Itu baru win-win situation namanya....






KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan diminta tidak tunduk terhadap penetapan supaya amah dari Indonesia dibayar gaji RM700 untuk melakukan satu tugas khusus sahaja selain bayaran RM27 sehari jika bekerja pada hari rehat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, kerajaan juga harus beralih pada sumber dari negara lain bagi memenuhi keperluan pembantu rumah selain Indonesia.

"Mereka yang memerlukan kerja di sini, jadi kenapa kita pula yang mahu tunduk pada kemahuan itu? Gaji ditetapkan juga amat tidak logik iaitu hanya untuk melakukan satu kerja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman kelmarin yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment