AGENDA DAP YANG TIDAK DISEDARI OLEH PAS DAN PKR




Roket terbang senyap, sesenyap agenda yang selamat ini tidak disedari oleh keldai-keldainya (PAS & PKR). Rujuklah sejarah terdahulu daripada awal penubuhan parti ini, pernahkah pintu keahliannya dibuka seluas-luasnya kepada orang Melayu dan Bumiputra. Tepuk dada tanya selera. Agenda untuk mendominasi beberapa negeri yang selama ini secara nyata menjadi milik DAP kerana jumla kerusi parlimen dan DUN yang melebihi PAS dan PKR , terpaksa dilupakan hanya kerana peruntukan di negeri-negeri Beraja/ Sultan menyatakan dengan jelas bahawa MB datangnya daripada orang Melayu dan beragama Islam.


Menurut Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam soal perlantikan Menteri Besar ialah bahawa hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik ke jawatan itu.
"Sebab itu di Perak meskipun DAP memiliki jumlah kerusi yang paling banyak di kalangan barisan pembangkang mereka perlu memberikannya kepada parti-parti yang mempunyai Adun Melayu," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa peruntukan seperti itu tidak ada di negeri-negeri yang ketua kerajaannya bergelar Ketua Menteri. Sebab itu di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak siapa sahaja yang mempunyai majoriti banyak boleh dilantik mengetuai kerajaan negeri berkenaan.
Dr. Abdul Aziz memberitahu bahawa meskipun begitu Sultan boleh melantik orang bukan Melayu jika itu perlu. Dengan kata lain hanya Sultan sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Ertinya meskipun DAP mempunyai majoriti terbanyak, parti itu tidak mempunyai kata putus dalam perlantikan Menteri Besar.


Dengan erti kata lain, PAS dan PKR sudah boleh melupakan hasrat untuk meletakkan MB dikawasan-kawasan yang majoriti kerusi parlimennnya boleh dimenangi oleh DAP. Malah DAP tidak menghadapi masalah untuk meletakkan calon mereka di kawasan kubu kuat PKR untuk menambahkan julat kemenangan kerusi DUN dan Parlimen pada PRU13 akan datang.

Oleh yang demikian, mungkin buat kali pertamanya negeri-negeri seperti Selangor, dan Perak bakal memiliki Menteri Besar daripada DAP yang hanya berfungsi sebagai MB boneka (cukup Syarat), yang mana segala keputusan mutlak adalah milik pemimpin atasan DAP. 

Renung-renungkan

No comments:

Post a Comment