HARIMAU MALAYA VS SABAHAWKS (PENGHORMATAN BUAT SABAH)




Ini kali lah!!!

Jika sebelum ni orang2 UBF yang penuh dengan sentimen anti malaya, kini terpaksa mendiamkan diri apabila telah terbukti bahawa Sabah tidak pernah disisihkan. Malah dalam arena sukan sendiri misalnya, Sabah sentiasa mendapat tempat. Cuma segelintir orang bodoh dan penuh dengan sentimen ni, hanya tahu persoalkan dan menyatakan bahawa Harimau Malaya untuk orang semenanjung sahaja dan bukannya untuk orang Sabah. Kini telah terbukti, dan benarlah tanggapan sesetengah pihak bahawa, jika benar pemain itu berkualiti, maka adalah tidak menjadi masalah untuk diserap dan dipanggil membarisi skuad bola sepak kebangsaan.


Dipetik: Harian Metro


‘Satu penghormatan buat penyokong Sabahawks’



PEMILIHAN Sabahawks menentang skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini, dianggap sebagai satu penghormatan buat penyokong.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah, Mohd Joh Wid berkata, penyokong Sabahawks pastinya mahu melihat aksi menarik dipamer kedua-dua pasukan terutama penyerang sensasi negara, Safee Sali.

“Peminat pastinya mahu menyaksikan aksi bermutu skuad Sabahawks mahupun pasukan kebangsaan. Bagi pemain Sabah, saya yakin ini peluang terbaik mereka memantapkan lagi barisan pertahanan dan serangan menghadapi saingan Liga Super musim ini,” katanya.
Kesebelasan utama Sabahawks kini memiliki kualiti dan prestasi persembahan membanggakan yang boleh menyaingi Harimau Malaya.

Menurut Mohd Joh, kehadiran pemain sayap Sabah, Shahrudin Yakup yang bakal beraksi dalam skuad kebangsaan pasti membanggakan penyokong tempatan.

“Saya harap semua penyokong turun ke stadium memberi sokongan kepada Sabahawks,” katanya.

No comments:

Post a Comment