Status terkini bekalan air Kota Belud


Bekalan air adalah salah satu isu yang dekat di hati saya. Sepanjang penggal parlimen ini, saya sentiasa menyuarakannya kepada kerajaan melalui perbahasan di Dewan Rakyat, program soal jawab TV dan perbincangan secara persendirian dengan kementerian berkenaan. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa program bekalan air di Kota Belud sedang berjalan rancak dan menepati jadual perlaksanaan. Berikut adalah status terkini program bekalan air di Kota Belud.


KEMUDAHAN BEKALAN AIR DAERAH KOTA BELUD


1.0 Pendahuluan

Air merupakan kemudahan asas utama dalam kehidupan kita. Ianya sangat penting  bukansahaja untuk kegunaan makan minum tetapi ia juga penting untuk tujuan pertanian, perikanan,  perindustrian dan lain-lain kegiatan sosio ekonomi. Di daerah Kota Belud kemudahan bekalanair yang bersih dan terawat merupakan kemudahan asas yang amat diperlukan terutama sekalibagi penduduk di kawasan luar bandar dimana pada ketika ini lebih kurang 50 % peratus lagipenduduk luar bandar yang masih belum dapat menikmati kemudahan ini.  Permintaan bekalanair di kawasan Kota Belud pada tahun ini ialah 33 juta liter sehari manakala keupayaanpengeluaran ialah 35 juta liter sehari. 


2.0 Status bekalan air Bandar dan  luar Bandar

2.1 Luar bandar

Pada ketika ini masih banyak penduduk luar bandar yang bergantung kepada sumber air secara alternatif seperti melalui air hujan, gravity, perigi dan telaga tiub (senarai kampung yangbergantung kepada system alternative ada di tunjuk dalam lampiran 1). Namun begitu sumberair seperti ini kerap terganggu atau terputus pada  musim kemarau dan tercemar.

Walaupun 50% penduduk kawasan luar bandar sudah menerima bekalan air terawat, namunterdapat   beberapa kampung yang masih mengalami masalah tekanan air yang rendah (senaraikampung yang mengalami masalah tekanan  air yang rendah ditunjukkan dalam lampiran 2).Tekanan air yang rendah ini berpunca daripada kaedah sistem pengagihan air yang tidak sesuai,siaz paip agihan yang kecil tidak dapat menampung permintaan bekalan air yang makinbertambah dan juga keuzuran paip-paip lama seperti paip jenis AC yang banyak mengalamikebocoran dan ini akan menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Disamping itu faktorpenyambungan air secara haram juga sedikit sebanyak menyebabkan tekanan air rendah.

2.2 Bandar

Bagi kawasan Bandar pula liputan bekalan air sudah merangkumi 100 % dan pada ketika initidak menghadapi sebarang masalah tekanan air, kecuali jika berlaku sebarang  kerosakan di lojirawatan air ataupun  paip pecah.


3.0 Pembangunan bekalan air Kota Belud

Berdasarkan kepada situasi semasa bekalan air daerah Kota Belud, fokus pembangunan bekalanair daerah Kota Belud telah mengambilkira faktor berikut;

3.1 pertama​ : meluaskan liputan bekalan air terawat ke kawasan luar Bandar daripada 50% hingga 90% dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh.

3.2 kedua ​ : menyelasaikan masalah tekanan air di kawasan yang sudah mempunyairangkaian perpaipan.

3.3 ketiga​ : bekalan air sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri kecil &sederhana, perikanan, pertanian, pendidikan dan pelancongan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke sepuluh, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM100 juta (melalui program NKRA) bertujuan untuk membangun serta mengurangkan masalah bekalan air di kawasan Kota Belud. Projek bekalan air luar bandar ini akan melibatkan pemasangan paip agihan, pumping mains dan transmisi, pembinaan rumah pam penggalak,pembinaan tangki simpanan air, menaiktaraf loji lama dan membina loji baru. Kapasiti keseluruhan pengeluaran bekalan air setelah projek-projek tersebut siap kelak  ialah 43 juta litersehari dan mampu membekalkan air sehinga tahun 2025. Pada ketika ini projek bekalan air luarbandar bagi Zon Kota Belud berjalan dengan lancar  dan sekiranya beberapa  isu-isu seperti isutanah dapat ditangani dengan cepat maka projek ini secara keseluruhannya dijangka akan siapsepenuhnya  pada 31 Disember 2012. 

4.0 Rumusan

Dengan terlaksananya projek-projek bekalan air luar Bandar ini nanti sudah tentulah rintihandan keluhan rakyat terutama di kawasan  luar Bandar mengenai dengan masalah bekalan airakan dapat diselesaikan. Selain daripada itu usaha untuk membawa pelabur –pelabur asing kedaerah Kota Belud akan lebih mudah dengan adanya  bekalan air yang  baik.  Akhir sekali, yangamat penting ialah keselesaan dan kesejahteraan penduduk Kota Belud  akan akan tercapaikerana mereka akan dapat menikmati kemudahan asas iaitu bekalan air yang berkualiti danmencukupi.


Lampiran 1

Senarai kampung yang masih bergantung bekalan air secaraalternative –( terlibat dalam program NKRA)

Bil
Nama kampung
1 Kg. Tamau
2 Kg. Kuala Abai Seberang
3 Kg. Labuan Ulu
4 Kg. Ambong
5 Kg. Kelawat Pangi
6 Kg. Kelawat pompod
7 Kg. Kinasaraban
8 Kg. Mandap
9 Kg. Ambong
10 Kg. Kelawat  Sawah
11 Kg. Kesapang Ulu
12 Kg.Tawadakan
13 Kg. Kawang-Kawang
14 Kg. Rampaian Laut
15 Kg. Rampaian Ulu
16 Kg. Pandasan
17 Kg. Timbang Menggaris
18 Kg. Rosok
19 Kg. Bengkahak
20 Kg. Bahab
21 Kg. Taginambur Seberang
22 Kg. Gaur
22 Kg. Bokilong
23 Kg. Nanamun
24 Kg. Merabau
25 Kg. Dudar
26 Kg. Taburan
27 Kg. Sarang


Lampiran 2

Senarai kampung yang mempunyai rangkaian perpaipan tetapimenghadapi masalah air - ( terlibat dalam program NKRA)

Bil

Nama kampung

1 Kg. Wakaf
2 Kg. Timbang Dayang
3 Kg. Kuala Abai
4 Kg. Kota Peladok
5 Kg. Labuan
6 Kg. Jawi-Jawi Taun Gusi
7 Kg. Pusat Latihan Khidmat Negara
8 Kg.Pantai Emas
9 Kg. Kondis
10 Kg.Suang Punggor

Sumber:http://mpkotabelud.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment