BOLA-BOLA SEPANGGAR DAFTAR 1,500 PEMILIH BARU

SAMPAIKAN…..Jumat menyampaikan cenderahati kepada penonton bertuah dalam menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United di Restoran Satu Malaysia, di Inanam Taipan, kelmarin.

PROGRAM Bola-Bola Sepanggar berjaya mendaftarkan seramai lebih 1,500 Pemilih Baharu sejak diperkenalkan di seluruh Parlimen Sepanggar sejak setahun lalu.
Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris berkata, program ini merupakan satu pendekatan terbaharu Umno Bahagian Sepanggar dalam menyasarkan ‘Belia Lepak’ di premis restoran atau di beberapa kampung dikenal pasti belum menjadi pemilih baru, serta ahli Umno.
Katanya, sambil menyaksikan perlawanan secara langsung menggunakan skrin gergasi bagi bola sepak Liga Malaysia, Liga Perdana English (EPL) serta perlawanan bola sepak piala dunia baru-baru ini.
"Ini merupakan strategi Umno Bahagian Sepanggar dalam mendekati golongan muda sekali gus terbukti berkesan dalam setiap penyertaan mereka di beberapa lokasi diadakan di seluruh parlimen Sepanggar.
Di samping itu, kita sediakan sedikit hadiah dengan menjalinkan kerjasama dengan pemilik restoren serta Celcom Malaysia kepada mereka yang berjaya meneka pemain nama pasukan lawan.
"Sejak diperkenalkan setahun lalu dengan menjelajah ke seluruh kawasan kampung serta restoran sekitar parlimen Sepanggar, kita mendapati remaja, belia serta penduduk lebih berminat dengan program santai begini sekali gus membolehkan mereka lebih dekat dalam menyalurkan masalah yang dihadapi mereka" Katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cenderhati kepada penonton bertuah dalam menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United di Restoren Satu Malaysia, di Inanam Taipan di sini kelmarin.




SUMBER: SABAH KINI

No comments:

Post a Comment