(Apa Kata Pengarang): Mustahil Tuan Tanah (SAPP) Sanggup Kongsi Kuasa Dengan Orang Luar (Pendatang PR)




SAPP terus mencipta kejutan, namun kejutan demi kejutan adakalanya perlu diragui. Maklumla SAPP adalah Parti politik tempatan yang penuh dengan spekulasi, hingga agenda sebenar perjuangan parti ini untuk bumi Sabah seringkali diragui.

Agihan 2 kerusi Parlimen (Tawau dan Sepanggar) dan 4 Kerusi DUN (Luyang, Likas, Tg Papat dan Elopura) masih belum mencukupi untuk SAPP. Tidak dinafikan khabar angin yang mengatakan bahawa YTL (Yong Teck Lee) masih memendam cita-cita untuk sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sabah berdasarkan kepada tindakan SAPP keluar BN dan terbaru enggan atau tidak akan bekerjasa dengan PR.


Sinonimnya kepada tindakan terbaru tersebut, terserlah seribu agenda YTL untuk sekali lagi mengepalai Sabah buat kali kedua. Prestasi SAPP pada 2 siri PRU sebelum ini memang tidak dinafikan dan hanya goyang di kerusi DUN Likas pada PRU12. Legasi kekuasaan SAPP disetiap kerusi yang ditandingin mungkin menjadi punca kenapa SAPP enggan bekerjasama dengan PR atau hanya sekadar retorik sebelum PRU13 bermula.


Khabar angin yang semakin kuat kedengaran berkaitan strategi SAPP yang sanggup kehilangan Kerusi Parlimen kepada PR dan bercita-cita untuk menguasai kerusi DUN sememangnya tidak dapat disangkal sama sekali. Apakah ironinya Kerusi DUN kepada SAPP hingga sanggup kehilangan kerusi parlimen. Benarlah kata pengundi setempat bahawa, YTL masih bercita-cita untuk kembali menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali ke-2.

Daripada 4 calon DUN yang mewakili SAPP bertanding pada PRU2008 dan seterusnya keluar BN, 2 daripada mereka (Tan Shu Kiah & Au Kam Wah) yang beranggapan "rakyat mengundi mereka atas tiket BN" kini menyertai GERAKAN. Kedua-dua calon ini juga memiliki prestasi cemerlang di Kawasan Masing-masing dimana Au Kam Wah menang dengan majoriti 6978 undi (PRU04) dan majoriti 5409 (PRU08), sementara Tan Shu Kiah menang tanpa bertanding (PRU04) dan majoriti 3926 (PRU08), jelas membuktikan penerimaan rakyat terhadap kedua-dua calon ini.

Sekiranya sanggup mengorbankan Kerusi Parlimen kepada PR, maka jelaslah matlamat sebenar YTL yang sanggup mengorbankan Sabah demi kepentingan politik sendiri. Berdasarkan konsep Sabah for Sabahan juga, adalah mustahil untuk YTL berkongsi kuasa dengan parti dari semenanjung yang dianggap sebagai orang luar. Ke mana hala tuju kerajaan negeri jika SAPP kembali mentadbir sabah? .... Renung-renungkan!!!!!

No comments:

Post a Comment