Terima Kasih Musa: Penjawat Awam Negeri dapat Bonus Raya

Kota Kinabalu: seramai 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah akan menerima setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah berkata, kos untuk pembayaran imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini kepada penjawat awam adalah sebanyak RM16,166,364.40
"Ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan program dan agenda pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat " katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu. Sementara itu, Musa berkata, bulan ramadhan adalh masa untuk umat Islam melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan mereka. katanya ramadhan adalah masa paling sesuai bagi kita umat Islam untuk merapatkan hubungan, bersama-sama menyumbang kepada masyarakat dengan membantu mereka yang tidak bernasib baik seperti anak yatim, warga emas dan ibu-ibu tunggal.
"Kita maklum yang semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, perbelanjaan hidup agak naik. orang ramai perlu membuat persiapan untuk perayaan itu, membeli makanan, pakaian baharu dan barangan berkaitan" katanya sebelum menyampaikan bantuan kepada kira-kira 400 penerima yang layak di kampung Sungai Padas. Musa berkata, kerajaan BN pada amnya dan UMNO khususnya peka terhadap masalah rakyat dan dengan itu melakukan apa yang terdaya untuk membantu rakyat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik.
Beliau juga berkata, daripada segi pembangunan, kerajaan BN bukan sahaja membangunkan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, tetapi juga mengambil usaha membina kemudahan dan rekreasi seperti masjid dan dewan serbaguna. "kita mengamalkan pendekatan seperti itu untuk menggalakkan rakyat terutamanya anak-anak muda kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif seperti dadah dan jenayah," katanya.
  





No comments:

Post a Comment