BORNEONISASI: 2 INDIVIDU SAMAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI SABAH

Kota Kinabalu, Dua penduduk Sabah pada isnin mengemukakan
Saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam persekutuan di Sabah seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia. Bekas anggota polis Bernard Fung fen Chen, 70 dan Mohd Maidan Dally 35 yang bekerja sendiri memfailkan saman itu melalui peguam Peter Marajin di Pendaftar Mahkamah Tinggi pukul 10 pagi. 
Fung dari Kota Kinabalu dan Nazib dari Sipitang menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Mereka memohon pengisytiharan mahkamah yang Kerajaan Persekutuan telah gagal dan/ atau cuai mempercepatkan dan melaksanakan sepenuhnya Pemborneonisasian perkhidmatan awam Persekutuan di negeri ini.
Mereka juga memohon pengisytiharan Kerajaan Negeri telah gagal dan/ atau cuai mengambil perundangan seperti itu, melaksanakan dan/ atau bertindak seperti apa yang diperlukan dalam melanjutkan dan untuk melaksanakan sepenuhnya jaminan, perjanjian dan syor berkaitan dengan Pemborneonisasian perkhidmatan awam persekutuan di Sabah.
Plaintif seterusnya memohon pengisytiharan yang defendan pertama telah gagal dan/ atau mengabaikan nasihat Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 153(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan reservasi bagi anak negeri Sabah seperti jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama telah gagal melaksanakan sepenuhnya jaminan dan syor khusus dalam perenggan tujuh Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) bahawa Ketua Menteri Sabah harus dibawa berunding sebelum Kabinet Persekutuan menasihatkan Yang Di Pertuan Agong tentang reservasi jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan untuk anak negeri Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan yang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui pemansuhan Artikel 161A(3) pada 1971 adalah Ultra Vires dengan Artikel 161E(2)(d) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan Yang Dipertuan Negeri Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan yang penduduk dan anak negeri di Sabah mempunyai jangkaan yang sahih bahawa Pemborneonisasian perkhidmatan persekutuan di Sabah dilaksanakan dengan segera dan sepenuhnya, kos dan penggantian lain.
Kedua-dua Fong dan Nazib merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC 1962, memorandum 20 Perkara dan Perpaduan Malaysia mengenai Malaysia yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold dan Perlembagaan Malaysia dalam saman mereka.
Pendengaran terhadap saman itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi pada 10 Oktober tahun ini. Fung yang meletakkan jawatan sebagai Inspektor pada 1980 setelah berkhidmat selama 13 tahun, mendakwa dia meletak jawatan kerana kecewa dan patah semangat kerana walaupun mempunyai kelayakan, dedikasi dan kerja keras, beliau sering diketepikan apabila berlaku kenaikan pangkat ke jawatan Asisten Superitenden Polis dan beliau juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja di negara ini.
“Walaupun ada kekosongan dari semasa ke semasa di Sabah dan tempat lain di Malaysia, tetapi jawatan itu sering sahaja diberikan kepada para pegawai dari Semenanjung Malaysia sedangkan terdapat orang-orang yang layak seperti saya dan lain-lain dari Sabah yang boleh mengisi kekosongan tersebut.”Sebagai warga dari zaman pra-Malaysia, saya berpeluang memfail tindakan ini terhadap kerajaan negeri dan Persekutuan kerana gagal memenuhi perjanjian dan jaminan yang dibuat terhadap Sabah pada 1962 dan 1963 oleh para pemimpin Malaya dan jabatan penjajah British untuk melaksanakan Pemborneosasian mengikut dasar dan keperluan perlembagaan.
“Kita berharap kita masih boleh memperjuangkan hak dan kepentingan serta autonomi Sabah seperti yang dibayangkan dalam pembentukan Malaysia 1963 dan tindakan undang-undang saya hari ini adalah untuk generasi masa depan rakyat Malaysia dalam perjalanan jauh kita untuk mewujudkan sebuah negara yang makmur dan harmoni untuk penduduk Sabah seperti yang dijanjikan bapa-bapa pengasas kita pada 1963, kata Fong dala satu kenyataan selepas memfailkan saman itu.
Sementara itu, Nazib mendakwa beliau telah terlepas daripada memperoleh faedah daripada jaminan dan usaha yang disediakan dalam pelbagai dokumen Perlembagaan Persekutuan di Sabah. “Saya seorang guru sandaran di SK Ulu Bole di Sipitang dan 2002 hingga 2004, ketika itu saya berusaha gigih sebanyak tiga kali untuk diterima mengikuti kursus Dalam cuti yang disediakan untuk guru-guru bekerja seperti saya untuk dilatih sebagai guru sambil bekerja”.
“Pada awal 2005, kerja saya sebagai guru ditamatkan ekoran diskriminasi Kerajaan Persekutuan kerana sejauh mana yang saya tahu, terdapat guru-guru dari semenanjung Malaysia yang dihantar ke pelbagai sekolah di Sipitang dan tempat lain di Sabah selepas perkhidmatan saya ditamatkan. Pemberhentian saya itu tidak wajar kerana terdapat kekosongan jawatan guru di SK Ulu Bole dan sekolah rendah yang lain di Sipitang dan bahagian lain di Sabah,” Kata Nazib dalam satu kenyataan.
Beliau mendakwa terdapat 200 graduan Sabah yang memegang ijazah pendidikan tidak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan yang ada walaupun kekosongan itu di kawasan luar bandar, yang beliau baca dalam surat khabar.
Menurut beliau, terdapat 5245 graduan menganggur dan pemegang diploma di Sabah. Katanya, penduduk Sabah yang layak sepatutnya diambil bekerja dalam perkhidmatan persekutuan tetapi hanya 38.33 peratus ketua jabatan persekutuan di Sabah yang berasal dari Sabah.
Menurut Beliau, hanya 77.9 peratus daripada 66,597 kakitangan awam persekutuan di Sabah yang berasal dari Sabah dan ini tidak termasuk angkatan tentera.





No comments:

Post a Comment