SIAPA KATA RAIS & YEE BERSENGKETA

 

Kebelakangan ini, sabahkini.net sibuk menyiarkan dan memanipulasi isu b kenyataan Datuk Dr. Yee Moh Chai berhubung dengan liputan jalur lebar sabah masih belum mencapai sasaran. Kenyataan Yee terus ditokok tambah sehingga isu tersebut menjadi panas dan kelihatan seakan2 kenyataan tersebut keluar dari mulut Yee sendiri.

Apa yang menjadi persoalan adalah tajuk dalam artikel sabahkini Rakyat Sabah Sokong Yee “ludah” Rais kelihatan seakan-akan  seluruh rakyat sabah memberitahu sabahkini supaya Yee terus menghentam dan menelanjankan segala bentuk kelemahan Rais dan seterusnya menjurus kepada siatan menyeluruh SPRM.

Artikel-demi artikel yang dikeluarkan oleh penulis-penulis sabahkini.net lebih memperlihatkan bahawa mendia alternatif tersebut semakin terdesak dan tertekan, ditambah pula dengan saman dan tindakan undang-undang yang bakal menghujani media alternatif ini. Kebebasan bersuara yang diberi telah disalahgunakan sehingga dengan sewenang-wenangnya fitnah, tuduhan, kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada pihak yang menjadi mangsa serangan tanpa ada usul periksa dan tapisan terhadap penggunaan bahasa yang digunapakai.

Adalah menjadi kewajaran jika laman-laman sesawang seperti ini di sekat daripada diakses oleh pelayar-pelayar internet. Wujud serangan peribadi yang kuat ke atas Rais dalam setiap penulisan artikel dan rencana sepertimana yang diterbitkan oleh penulis-penuli sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment