TAHUN BARU, MANIFESTO BARU... MAMPUKAH PR MENTRANSFORMASIKAN SABAH

Agresif, bersemangat dan penuh keyakinan, itulah ungkapan yang dapat menggambarkan betapa niat yang terbuku di setiap lubuk hati pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Pakatan Rakyat dilihat semakin berkeyakinan untuk menakluki negeri Dibawah Bayu pada PRU-13 yang bakal menjelang. Pastinya seribu satu perancangan yang telah diaturkan di peringkat pusat bakal dilaksanakan di Negeri Sabah. Adakah ini yang disifatkan sebagai azam tahun baru untuk Pakatan Rakyat menawan sabah sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk menawan Putrajaya, dan demi menutup aib tentang 16 September yang sehingga kini masih belum terlaksana.

berikut merupakan janji yang lebih dahulu dibukukan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memancing undi dan sebagai serangan awal untuk mempengaruhi pola pengundian di Negeri Sabah
kenaikan harga minyak yang kerap dimanipulasi

 
Siapa tidak kenal dengan PAS Sabah, parti yang hadirnya hanya bermusim, ibarat limau mandarin yang hanya boleh diperolehi dengan banyaknya pada Perayaan Tahun Baru Cina (1 Tahun 1 kali). Begitulah perumpamaan untuk PAS negeri Sabah, selepas pilihanraya pasti hilang dari radar dan hanya dikesan kereaktifan mereka menjelang pilihanraya. Kemana agaknya pemimpin-pemimpin PAS Sabah menghilang, adakah mereka pergi berdakwah kepada masyarakat Sabah?, adakah mereka bertapa dalam salah satu gua yang ada di Negeri Sabah hingga sukar untuk dijejaki?, adakah PAS sabah melancarkan gerakan bawah tanah?. Terlalu banyak persoalan yang sukar untuk dijawab mahupun diulas.

Daripada pemerhatian, didapati serangan yang dilancarkan oleh PAS negeri Sabah lebih bersifat Gerakan Perang Saraf. Apa yang dapat disimpulkan, PAS Sabah lebih dikerah untuk melancarkan Perang Saraf dalam bentuk risalah berbanding dengan ceramah-ceramah umum. Adalah sukar untuk melihat wakil-wakil rakyat PAS berceramah dikhalayak umum, kelihatan seolah-olah PAS Sabah semakin ketandusan wakil rakyat yang berkaliber dan berpotensi untuk diketengahkan. Wakil muda semakin sukar untuk mendapat tempat, peluang pula semakin tertutup bila mana imam-imam kampung yang telah uzur masih enggan melepaskan kedudukan masing-masing kepada golongan muda. Hasilnya golongan muda hanya dikerah untuk mengedarkan Risalah dan Pemancing Undi. Penulis bersimpati dengan nasib PAS Sabah yang hanya dipergunakan oleh Pakatan Rakyat yang Bukan Untuk Rakyat.

Berjanji lagi walaupun janji dinegeri yang ditakluki ada yang belum terlaksana dalam 100 hari
PKR merupakan aktor utama dalam menyembunyikan setiap kelemahan dan ketidak cekapan PR dalam memerintah negeri-negeri yang ditakluki. Jika pemimpin UMNO mencium keris dijadikan isu demi memancing undi, PKR dengan angkuhnya menyerang, membantah dan mempersoalkan kuasa dan keputusan yang melibatkan campur tangan pihak istana. Inilah Pakatan Rakyat, berjuang untuk rakyat kononnya, walaupun hakikat perjuangan demi kepentingan dan kelangsingan Kareer politik DSAI. Janji terus ditabur untuk rakyat Sabah, namun lupa untuk mencermin keadaan yang berlaku di negeri-negeri yang ditakluki.

Berjuang untuk Rakyat kononnya, sedangkan pemimpin diperingkat atasan PKR Sabah bertelagah dan bertikam sesama sendiri dalam menyandang Jawatan tertinggi dalam parti. Mungkin Rakyat sabah perlu sedar PKR takkan mampu merubah Negeri Sabah, mungkin ada benarnya kenyataan Dr. Jeffry Kitingan bahawa PKR bukan berjuang untuk rakyat di negeri Sabah.

Pada pandangan penulis, mungkin pilihanraya akan berlangsung pada bulan 11 berdasarkan kepada keperluan dan keadaan politik semasa. Tapi penulis mencadangkan agar pilihanraya diadakan serentak dengan Negeri Sarawak berlandaskan kepada suasana politik semasa yang keputusannya dijangka sekali lagi memihak kepada kerajaan Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment