Tertarik untuk memberi kenyataan balas berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Sharif Musa (Ketua UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu) menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam FB beliau yang mempersoalkan keberadaan Sabah Progressive Party (SAPP) dalam Mesyuarat Persiapan Perikatan Nasional (PN) Menjelang PRN enam (6) Negeri. Naratif serupa turut dimainkan cybertrooper dan Portal Rasmi UMNO Online dalam memburukkan Gagasan Rakyat yang enggan menerima UMNO dan Warisan sebagai sebahagian parti komponen dalam Kerajaan Negeri meskipun Gagasan Rakyat, UMNO dan Warisan sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Antara perkara yang dibangkitkan Sharif dan cyber trooper UMNO termasuklah;
1. Mempersoalkan kesetiaan dan sokongan DSP Hajiji Noor (Presiden Gagasan Rakyat) kepada Kerajaan PH-BN (Kerajaan Perpaduan).

2. Mempersoal kedudukan SAPP dalam Kerajaan Negeri Sabah GRS Plus (GRS dan PH) yang bukan sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

3. Tidak mahu UMNO diperbodoh-bodohkan dan menggesa berlawan secara anak jantan.



Persoalan dan gesaan yang bagus daripada Tn. Sharif Musa (KB UMNO P.188 LD), namun kurang bijak. Mungkin Tn. Sharif Musa terlupa bahawa, UMNO adalah dalang utama kepada berlakunya situasi politik negeri yang cacamarba ketika ini. Mungkin beliau terlupa detik pilu gagalnya Langkah Kinabalu yang disifatkan oleh ahli politik dan rakyat Sabah sebagai "Pai Ulung". Tiada siapa menyangka bahawa Kerajaan Negeri Sabah terdiri daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan (GRS dan PH) dan pembangkang (PN - SAPP dan PAS) diperingkat pusat boleh sama-sama berganding bahu membentuk Kerajaan Negeri yang kukuh dan stabil. Sementara BN dan Warisan yang juga sebahagian Parti Komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat pula, bertindak selaku blok pembangkang di DUN Sabah.


Video: Langkah Kinabalu Yang "Pai Ulung"

Menjawab Persoalan; 

1. Keberadaan SAPP, PAS dan Ahli Parlimen PN Dalam Kerajaan Negeri Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada asalnya terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) dan PBS. Komponen PN pra dan pasca PRN-16 Sabah pula terdiri daripada parti PPBM, STAR, SAPP, USNO dan PAS. PN pusat menjelang PRU-15 bersetuju untuk komponennya bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ketika itu terdiri daripada PPBM, STAR, SAPP, USNO, PAS dan PBS.

Sebagai menghargai semangat setiakawan dan pengorbanan yang diberikan oleh SAPP dan PAS, DSP Hajiji Noor berkenan untuk melantik DSP Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Aliakbar Gulasan (Setiausaha PAS Sabah) sebagai Adun dilantik. Kedua-dua lantikan ini kekal sehingga sekarang dan kedua-dua mereka utuh dan setia menyokong kepimpinan Ketua Menteri DSP Hajiji Noor meskipun kedua-duanya daripada parti pembangkang di peringkat Kerajaan Pusat. Namun atas dasar semangat setiakawan yang ditunjukkan dengan meletakkan mandat dan kestabilan politik negeri sebagai keutamaan, DSP Hajiji Noor berbesar hati untuk mengekalkan status Adun dilantik tersebut tanpa sebarang unsur prejudis.


2. Kenapa UMNO Tidak Berada Dalam Kerajaan Negeri Sepertimana di Pusat?
Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang kerjasama GRS-BN terbentuk, seterusnya menyebabkan GRS tawar hati untuk bekerjasama dengan UMNO untuk kedua kalinya. Antaranya termasuklah;

UMNO Sabah khianat GRS semasa rundingan kerusi PRN-16. 
Ketika majlis pengumuman calon bertempat di Magellan Sutera Harbour (10 September 2020), UMNO bertindak mengkhianati proses agihan kerusi yang telah dipersetujui (UMNO bertanding 30 kerusi) dengan memasukkan tambahan dua calon baharu menjadikan kerusi ditandingi UMNO bertambah menjadi 32 kerusi.

Memainkan sentimen UMNO memiliki kerusi terbanyak dan sepatutnya menjadi Ketua Menteri. 
Isu ini terus dimainkan ahli-ahli UMNO sehingga pasca PRU-15. Sememangnya benar UMNO memiliki kerusi DUN terbanyak barbanding PPBM, namun UMNO terlupa bahawa baik UMNO mahupun PPBM, kedua-duanya bertanding atas tiket gabungan iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). Jika diamati, PN memenangi 17 kerusi DUN (PPBM-11, STAR-6) dan BN hanya 14 kerusi dan kesemuanya daripada UMNO. Secara logiknya, gabungan dengan kerusi majoriti terbesar adalah berhak menamakan calon Ketua Menteri Sabah.

Perjanjian PRU-15 yang berat sebelah menjadi antara faktor penolak kerjasama GRS-BN. 
UMNO sepertimana PRN-16 yang lalu, tidak hanya mengkhianati GRS dalam proses rundingan agihan kerusi yang telah dipersetujui bersama, bahkan juga memerangkap GRS dengan perjanjian berat sebelah berhubung dengan sokongan GRS dalam pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan. Antara intipati kandungan perjanjian tersebut termasuklah terma untuk GRS memberi sokongan kepada BN dalam pembentukan Kerajaan Pusat. Perjanjian tersebut terbatal secara sendirinya kerana BN hanya memperoleh 30 Kerusi Parlimen semasa PRU15 seterusnya gagal membentuk Kerajaan diperingkat Pusat.

Pengkhianatan PRN16 berulang semasa PRU-15
Pada awalnya kedua-dua pihak mencapai kesepakatan agar Parlimen P.166 Labuan ditandingi oleh calon GRS, namun kesepakatan tersebut dikhianati, apabila UMNO meletakkan calon di kerusi berkenaan.

Langkah Kinabalu yang melibatkan kepimpinan UMNO Sabah, Warisan Sabah dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menjadi cerminan sebenar karekter UMNO Sabah. Meskipun UMNO Sabah berkeyakinan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah (DSP Hajiji Noor), namun perkara tersebut tidak berlaku. Kerjasama UMNO - Warisan telah diramal sejak malam sebelum proses pembuangan undi PRN-16 berlangsung lagi. Sementara gerakan DSP Hajiji Noor pula, telah dimulakan sejak proses penamaan calon lagi dan berlanjutan sehingga PRU-15 tanpa disedari oleh kepimpinan UMNO Sabah. Maka, janganlah terkejut kenapa Langkah Kinabalu gagal hingga tercetusnya penolakan tidak hanya daripada Adun dipihak UMNO Sabah bahkan juga Warisan dan Parti KDM.


3. Warisan Juga Seharusnya Sebahagian Daripada Kerajaan Negeri?
Fakta ini ada benarnya, namun situasi berikut menjadi tembok pemisah yang menghalangi keinginan Warisan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang.

Sikap dan keangkuhan Warisan ketika menjadi kerajaan negeri.
Insiden 13 Wakil Rakyat dan 21 Ketua Bahagian UMNO bertindak keluar parti dan menyertai BERSATU (PPBM) selepas PRU14 lalu, merupakan antara peristiwa penting yang mencorakkan dinamika politik di Sabah. Peristiwa tersebut secara tidak langsung menjadikan kesemua 13 Wakil Rakyat dan 21 Ketua Bahagian PPBM menjadi sebahagian daripada komponen Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seterusnya komponen Kerajaan Negeri Sabah yang ketika itu di Ketuai oleh Warisan Sabah. 

Keangkuhan Warisan yang menganak tirikan pemimpin-pemimpin daripada PPBM jelas terserlah tidak hanya dalam soal pembentukan Kabinet Negeri bahkan juga semasa gerak kerja PRK. Kepimpinan PPBM Sabah tidak diberikan fungsi dan peranan dalam gerak kerja kempen calon Warisan sepanjang PRK P.176 Kimanis berlangsung. Situasi tersebut menjadi faktor kenapa Warisan tidak diperlukan dalam kabinet Kerajaan GRS Plus ketika ini.

Keangkuhan Warisan Yang Menamatkan Kerjasama Bersama Pakatan Harapan.
Keangkuhan pemimpin Warisan yang memperkecilkan rakan komponen daripada PH (PKR, DAP, PAN dan UPKO) semasa PRU-15 yang lalu menjadi titik tolak kepada pertembungan tiga (3) blok gabungan parti utama (GRS + BN, PH dan Warisan), seterusnya memudahkan GRS-BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen (12 kerusi) berbanding sebelum ini. PRU-15 juga mengembalikan imej PH apabila berjaya memenangi lima (5) kerusi (PKR-1, DAP-2, UPKO-2), manakala Warisan hanya tinggal tiga (3) kerusi parlimen berbanding lapan (8) kerusi yang dimenangi ketika PRU-14 lalu. Keangkuhan pemimpin Warisan ini menjadi faktor mengapa pemimpin PH Sabah menolak sebarang kerjasama politik dengan Warisan.



4. Kesetiaan Hajiji Dan GRS Dalam Kerajaan Perpaduan?
Seharusnya persoalan kesetiaan tidak perlu dibangkitkan kerana ianya telah dinoktahkan dalam setiap Mesyuarat Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim. Malah PMX turut prihatin dan maklum dengan situasi politik Sabah berbanding Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. PMX lebih terbuka dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada kerajaan GRS Plus ketika ini untuk menentukan soal kerjasama politik dengan parti yang dirasakan sesuai tanpa perlu menyamakan dengan apa yang berlaku di peringkat Pusat. Malah selaku Pengerusi PH, beliau turut maklum akan desakan kepimpinan PH Sabah yang menolak sebarang kerjasama dengan Warisan.

Soal kesetiaan Gagasan Rakyat dan keberadaan YB Parlimen dan Adun PN Sabah sebenarnya telah dibangkitkan lebih dulu oleh wakil daripada Warisan menerusi Dato' Mohd Azis Jamman dan Datuk Loreto Padua Jr.

BN dan Warisan Seharusnya sedar akan hakikat keunikan landskap politik Sabah. Bekerjasama dengan parti lawan yang tahu meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan parti, jauh lebih baik daripada bekerjasama dengan parti yang tiada semangat setiakawan serta penuh dengan sifat ANGKUH dan KHIANAT.


KESIMPULAN

Kesemua empat (4) faktor yang dinyatakan di atas, menjadi faktor utama keberadaan SAPP dan PAS sebagai parti komponen dalam kabinet negeri seterusnya menjawab persoalan kenapa UMNO Sabah dan Warisan ketika ini berada diblok pembangkang. Pengkhianatan kepimpinan UMNO terhadap GRS serta keangkuhan Warisan terhadap PPBM dan PH suatu ketika dahulu, menjadi antara faktor penolakan terhadap kedua-dua parti ini daripada menjadi sebahagian daripada parti komponen dalam Kerajaan Negeri.

Tiada yang ganjil dalam politik Malaysia PASCA PRU14, PRN16 dan PRU15. Musuh boleh menjadi kawan di peringkat pusat, demikian juga musuh boleh menjadi lawan di peringkat negeri. Situasi serupa telah berlaku ketika pembentukan Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (PM-9), yang mana komponen parti yang merupakan sebahagian daripada Kabinet Persekutuan menjadi musuh dalam PRN Melaka dan Johor. Itulah dinamika politik Malaysia pasca PRU14 yang boleh berubah bila-bila masa.


RUJUKAN

TIDAK MISKIN ORANG YANG BERSEDEKAH
(HR Muslim)

https://picasion.com/
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #sukuk #kerajaanlemau #kerajaangagal #prn #mahaldahni #madani