HAMZAH ZAINUDDIN


KENYATAAN MEDIA

MENGENAI
JAWATANKUASA PENGURUSAN WARGA ASING (JKPWAS) DI NEGERI SABAH

10 FEBRUARI 2022

1. Kementerian Dalam Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) yang dianggotai oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha-usaha menangani isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah dan membincangkan mekanisme pengurusan warga asing di Sabah.

2. Jawatankuasa  tersebut diwujudkan susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah dan persetujuan melalui Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1 Tahun 2020 pada 2 Disember 2020 supaya platform JKPWAS diteruskan bagi menangani isu keselamatan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).


3. Kementerian ingin menyatakan bahawa tindakan penyelesaian mengenai isu pelarian di Sabah adalah satu komitmen murni Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri yang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan lebih teliti dan berhati-hati tanpa menjejaskan hak-hak warganegara, kepentingan dan keselamatan rakyat Sabah. Sehubungan itu, Kementerian akan mendapatkan pandangan daripada Kerajaan Negeri Sabah serta akan memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam menguruskan isu pelarian ini. 

4. JKPWAS-Induk bersetuju bahawa perihal pengurusan warga asing di Sabah memerlukan political will serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Ini termasuklah daripada pemimpin politik, ketua-ketua masyarakat dan kaum untuk mencari persamaan dan kesepakatan dalam mendapatkan penyelesaian kepada isu yang telah lama berpanjangan ini. Kerjasama dan komitmen ini adalah amat perlu bagi memastikan isu ini tidak lagi dipolitikkan oleh mana-mana pihak selepas suatu keputusan dimuktamadkan kelak.

5. Pada mesyuarat pada hari ini, kita telah berbincang tentang pengurusan masyarakat Pala’u, penguatkuasaan PATI, kawalan keselamatan dan sempadan serta inisiatif pendataan warga asing di Sabah. Ini termasuklah dua pembentangan iaitu hasil pelaksanaan JKPWAS-Teknikal Bil. 1/2022 dan cadangan penempatan semula masyarakat Pala’u.


6. Mesyuarat bersetuju akan beberapa perkara berikut:

a. Pertama, kita bersetuju supaya pelaksanaan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negeri Sabah akan diteruskan dengan lebih giat bagi membanteras kebanjiran PATI di negeri Sabah.

b. Kedua, cadangan penempatan semula masyarakat Pala’u yang dibentangkan pada akan diteliti secara lebih lanjut di peringkat pegawai melalui sebuah Jawatankuasa Kerja untuk meneliti dari aspek dasar dan perundangan. Cadangan tersebut akan dibawa semula kepada JKPWAS-Teknikal untuk penelitian serta perakuan sebelum dikemukakan kepada JKPWAS-Induk untuk keputusan.

c. Ketiga, supaya semua orang yang berada di Sabah mempunyai identiti atau berdokumen supaya kita boleh mengetahui keberadaan golongan ini. Contohnya untuk kita berikan kad warga asing di Sabah. 

d. Keempat, perihal pekerja asing turut kita bincangkan termasuklah isu kekurangan pekerja asing, bayaran levi serta kebajikan pekerja asing. Maka, kita bersetuju untuk mempertimbangkan kemudahan-kemudahan yang khusus bagi negeri Sabah bagi memastikan pembangunan di negeri Sabah tidak terjejas dan terus pesat membangun. Ini boleh dilaksanakan dengan libat urus dan kajian Kerajaan Negeri Sabah bersama-sama semua pihak berkepentingan. 

e. Kelima, JKPWAS-Induk turut membincangkan isu pendaftaran lewat kelahiran di Sabah dan bersetuju bahawa pindaan Ordinan Kelahiran dan Kematian di Sabah atau Cap. 123 sedang diteliti di peringkat akhir untuk mempertimbangkan tempoh pendaftaran kelahiran dari 42 hari kepada 90 hari. Pada masa yang sama, JPN akan terus mempergiatkan Program MEKAR di Negeri Sabah.

f. Keenam, mesyuarat pada hari ini turut membincangkan isu kelewatan pengusiran tahanan imigresen di Depot-Depot Imigresen di Sabah dan bersetuju bahawa perkara ini adalah amat rumit terutamanya melibatkan tahanan yang tidak mempunyai dokumen dari negara asal. Justeru, perkara ini sedang diteliti dan akan terus dirunding bersama kedutaan yang berkenaan. 
 
Sekian.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron