PICKids

KOTA KINABALU (15 FEBRUARI 2022): Seramai 32,186 kanak-kanak berumur antara lima dan bawah12 tahun telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat 13 Februari 2022 di Sabah. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagaimanapun berkata jumlah itu masih rendah kerana ia mewakili kurang daripada 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak dalam kumpulan sasar di negeri ini. 

“Jumlah yang mendaftar setakat ini masih rendah. Saya nasihatkan ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur antara lima hingga 12 tahun ke bawah supaya mengambil peluang mendaftarkan mereka untuk vaksinasi di bawah PICKids," katanya. 


Sehingga 14 Februari, seramai 9,686 atau kira-kira tujuh peratus daripada mereka yang mendaftar telah menerima dos pertama sejak PICKids bermula di Sabah pada 3 Feb, katanya sempena majlis pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS) di Likas dekat sini pada Selasa. 

Hajiji berkata program itu bermula pada 3 Februari lalu di lima hospital iaitu HWKKS, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau. 

Program itu telah diperluaskan ke seluruh negeri dengan penubuhan 145 Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) melibatkan 109 Klinik Kesihatan, 22 hospital, 18klinik swasta dan empat PPV awam, yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan. 

“Meneruskan program vaksinasi untuk melindungi kanak-kanak, khususnya mereka yang berumur antara lima dan bawah 12 tahun adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi mereka daripada jangkitan COVID- 19,” katanya.

HWKKS

Lebih 500 kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang tidak divaksin adalah antara 3,891 kes baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah pada Ahad. 

Ketua Menteri berkata Kementerian Kesihatan menggunakan Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion daripada vaksin PfizerBioNTech yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). 

“Ia telah diluluskan untuk penggunaan selamat dan mempunyai keberkesanan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19 yang teruk," katanya. 

Hajiji berkata program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin untuk diberikan selepas lapan minggu. 


“Berdasarkan data terkini, selama lapan minggu antara dua dos memberikan imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi dengan potensi memberikan perlindungan lebih lama,” katanya. 

Sama seperti program untuk orang dewasa, vaksin di bawah PICKids adalah percuma untuk mereka yang tinggal di Sabah tanpa mengira status kewarganegaraan. 

Pemberian vaksin adalah secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat kebenaran bertulis sebelum anak mereka layak menerima  vaksin COVID-19, katanya. 

Beliau berkata sistem tempahan janji temu yang diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memilih tarikh serta masa yang paling sesuai dan PPV yang mereka ingin bawa anak mereka untuk menerima vaksin. 


Beliau berkata mereka juga boleh membawa anak-anak mereka untuk divaksin secara datang terus (walk-in) di PPV berhampiran. 

Proses vaksinasi untuk murid sekolah telah bermula pada 12 Feb di PPVsekolah, manakala Jabatan Kesihatan Negeri telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan JAKIM untuk menjalankan program vaksinasi outreachdi sekolah di bawah bidang kuasa masing-masing, katanya. 

“Pelancaran rasmi PICKids Sabah hari ini menunjukkan komitmen dan keikhlasan Kerajaan Negeri memastikan kanak-kanak berumur antara lima dan bawah 12 tahun di Sabah menerima vaksin COVID-19,” katanya.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan