HM

Hairan dan kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Adun N.22 Tanjung Aru (Junz Wong). Ketika rakyat dihimpit dengan pandemik Covid-19 gelombang ke empat dan pelaksanaan PKP, beliau dilihat tidak bersikap matang sebagai seorang ADUN yang dipilih oleh pengundi di Tanjung Aru. FITNAH, BERBOHONG dan MEMBURUK-BURUKKAN pemimpin dan parti lain, seakan sudah sebati dalam karier politik beliau.

Jika diletakkan skala 1 hingga 5 (sangat tidak bersetuju hingga sangat bersetuju) untuk mengukur sifat buruk dan penipuan beliau sepanjang menjadi ADUN daripada DAP hingga sekarang Warisan, pastinya skala 5 (sangat bersetuju) adalah skala bersesuaian untuk mengambarkan yang dia sememangnya YB yang KUAT MENIPU dan MENFITNAH. Selayaknya beliau diberikan anugerah khas (Sabah Book of Record) kerana kekerapan beliau berbohong, memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin lain.

Terbaharu, beliau memuat naik senarai nama dan nombor telefon Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kesemua 73 DUN di Sabah berserta gambar aktiviti dengan catatan “SUDAH DAPAT HUBUNGI UPPM MASING-MASING? Khabarnya mereka tidak angkat call, tidak reply SMS, tidak reply WhatsApp. Ada juga yang tutup talipon. Sibuk berjamuan, sibuk berselfie, Sibuk bermesyuarat”. Adakah ini yang dinamakan POLITIK MATANG?

Inikah cara berpolitik Junz Wong? Kenapa TIDAK SENARAIKAN kesemua 31 nombor telefon Adun Warisan untuk dihubungi RAKYAT?

Daripada Junz Wong sibuk memburukkan orang lain dan mendedahkan senarai nombor telefon UPPM, adalah lebih baik untuk Junz Wong segera menghubungi Datuk Seri Shafie Apdal untuk turun menziarahi rakyat di kawasan beliau. Jangan sibuk memburukkan orang lain, walhal kawasan sendiri tidak terjaga. 
SEMPORNA

Ketika berlaku kebakaran di Kg. Tanjung Aru Lama, Junz tanpa rasa bersalah memuat naik gambar beliau menghulur bantuan makanan tapau kepada petugas dan mangsa kebakaran sambil menabur FITNAH dengan caption "Menteri dan Ketua Menteri datang pusat penempatan ambil gambar, ambil kredit, masuk news kemudian balik rumah makan besar", kenyataan ini sebenarnya ibarat meludah ke muka sendiri. Inilah situasi yang berlaku ketika zaman Warisan menjadi kerajaan negeri. Rakyat tidak akan pernah lupa apa yang pemimpin-pemimpin Warisan buat ke atas rakyatnya sendiri ketika berkuasa.

Rakyat tidak pernah lupa bantuan bakul makanan yang kononnya bernilai RM100, walhal hanya berharga sekitar RM50 ringgit. Rakyat tidak pernah lupa, pemimpin Warisan datang ke pusat penempatan mangsa banjir hanya untuk bergambar dan masuk berita tanpa menghulur bantuan sewajarnya. Lebih parah lagi, ketika Warisan sudah menjadi kerajaan, Ketua Menterinya boleh keluarkan kenyataan SHAFIE TIDAK MAHU BUDAYA RAKYAT YANG TERLALU BERGANTUNG DENGAN BANTUAN KERAJAAN. Apa yang menghairankan, rakyat tidak digalakkan mengharap bantuan kerajaan TETAPI yang peliknya, Warisan boleh mengumpul dana sebanyak RM2 juta (Tabung Wuhan) untuk dihulurkan kepada China ketika rakyat berhadapan dengan kesukaran akibat PKP. Negeri kecil dan antara yang termiskin di Malaysia, menggunakan duit yang sebaiknya diguna untuk membantuk rakyat yang tersepit, sebaliknya disalurkan kepada negara besar dan kaya seperti China. Beruntung Warisan ada penasihat level 20 persen (3 Abdul).
JANGAN HARAP BANTUAN KERAJAAN
Senarai KENYATAAN, KEPUTUSAN dan TINDAKAN Kurang Bijak Pemimpin Warisan

Tindakan BODOH sebegini yang menjadi sebab kenapa Warisan ditolak oleh pengundi Bumiputra Islam (BI) dan Kadazandusun Murut (KDM). Penerimaan WarisanPlus di kawasan majoriti pengundi Cina bukan kerana logo Warisan, tapi sebaliknya adalah kerana DAP. Situasi ini menjadi punca utama kenapa Junz Wong yang hidup dalam buangan DAP lari dan bertanding di Dun N.22 Tanjung Aru. Jika ditakdirkan DAP tidak bersama Warisan, ADAKAH JUNZ WONG BERANI BERTANDING DI DUN N.19 LIKAS?

Jika isu UPPM ini lantikan politik, bergaji dan ada peruntukan, maka APA PULA FUNGSI ADUN? Jika ADUN yang telah diundi oleh rakyat GAGAL BERFUNGSI dan tidak mampu untuk BERBAKTI kepada rakyat di DUN yang diwakili dan meletakkan alasan TIADA DUIT, KENAPA TIDAK LETAK JAWATAN DAN BERI LALUAN KEPADA CALON YANG LEBIH BERKELAYAKAN DAN SANGGUP BERBAKTI KEPADA RAKYAT? 

Junz sibuk membangkitkan isu peruntukkan Adun Warisan disekat, TAPI tidak pernah memaklumkan kepada rakyat yang beliau telah menerima PERUNTUKAN RM100 RIBU daripada Kerajaan GRS yang digunakan oleh Adun Warisan untuk membantu rakyat, inikah contoh pemimpin yang BAIK? Tanya pada Junz Wong, ADAKAH WARISAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN UNTUK ADUN BN SEPERTI MANA YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN GRS KETIKA INI? Junz tidak perlu memainkan isu peruntukan ditarik, kerana benda tersebut telah berlaku ketika pentadbiran Warisan malah lebih teruk daripada apa yang berlaku kini.

Soal ADA DUIT atau TIADA DUIT, bukan perkara pokok yang mendorong seseorang untuk menjadi ADUN. Perkara utama adalah untuk BERKHIDMAT kepada rakyat dan bertindak sebagai check and balance kepada parti politik yang dipilih oleh rakyat untuk membentuk kerajaan. Kalau FAKTOR KEWANGAN menjadi punca kegagalan Junz untuk berkhidmat kepada rakyat, sekali lagi dicadangkan, KOSONGKAN KERUSI DAN BERI PELUANG KEPADA INDIVIDU YANG LEBIH LAYAK DAN BERKEMAMPUAN.

Selama 26 bulan menjadi kerajaan negeri dan memasuki penggal kedua Junz Wong menjadi Adun N.22 Tanjung Aru (dahulu N.17 Tanjung Aru), apa sumbangan dan pembangunan yang telah dibuat oleh Warisan terutamanya Junz Wong selaku Adun kepada pengundi di Tanjung Aru? Masih jelas dalam ingatan antara janji Junz Wong untuk pengundi di Tanjung Aru semasa kempen PRU-14 (2018) dahulu, beliau berjanji jika Warisan memerintah, projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) akan dibatalkan. Namun apa terjadi selepas beliau dan parti Warisan menang? PEMBOHONGAN dan PENAFIAN lebih banyak kedengaran daripada menunaikan janji yang telah dilafazkan.
junz wong
Ketika Berjanji Dia WARAS, Tapi Ketika Berkuasa Dia HILANG INGATAN

Pemimpin-pemimpin Warisan khususnya Junz Wong dilihat semakin tidak keruan apabila hasrat untuk melaga-lagakan komponen GRS tidak berjalan seperti yang diharapkan. Malah impian untuk membawa masuk Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk bekerjasama dengan Warisan seterusnya menendang keluar komponen WarisanPlus (UPKO, PKR dan DAP), berkecai di tengah jalan.

Tuduhan dan FITNAH terhadap kerajaan GRS yang dilemparkan oleh beliau dan pemimpin Warisan yang lain, seringkali berakhir dengan pendedahan berfakta. Serangan kepada UPPM ini juga mengimbau kembali perbuatan jahat Junz Wong suatu ketika dahulu yang telah menjatuhkan reputasi politik mereka yang menjadi MANGSA FITNAH beliau;
YTL, JUNZ WONG
Fitnah Antara Sejata Utama Junz Untuk Mematikan Karier Politik Seseorang

Junz Wong seharusnya sedar, bahawa beliau merupakan YB buangan yang ditolak khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina. Jika beliau masih diterima oleh masyarakat Cina, kenapa perlu bertanding di kawasan majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI)? Tepuk dada tanya selera.

Satu pesanan untuk Junz Wong, kalau rasa diri TIDAK MAMPU BERKHIDMAT sebaik mungkin kepada rakyat, jangan buang masa dan berterusan zalimi rakyat. Kosongkan kerusi dan bagi peluang kepada individu lain yang lebih BERSEDIA DAN SANGGUP untuk mencurah khidmat dan bakti kepada rakyat. 

Kurangkan FITNAH, lebihkan KHIDMAT kepada RAKYAT.

**Benda mudah, budak sekolah rendah pun boleh PIKIR. SENDIRI MAU INGATLA BOSKU.

#trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp
#beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal