1. Bantuan Kerajaan GRS Hanya Fokus Rakyat (Isi Rumah)
Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 (BSP) 1.0, 2.0 dan 3.0, hanya menyasarkan dua kelompok utama yang terjejas secara langsung iaitu Isi Rumah dan Peniaga. 

Infografik: Peruntukan untuk rakyat Zaman Kerajaan GRS

Bantuan yang diterima oleh golongan sasar (isi rumah) sentiasa meningkat dan ditambah baik. Buktinya, alokasi untuk isi rumah berbanding jumlah peruntukan, meningkat setiap kali bantuan Covid-19 diumumkan oleh kerajaan GRS 1.0 (RM224.1j/ 32%), 2.0 (RM128.98/ 72%) dan 3.0 (RM132j/ 85%).

Ketua Isi Rumah (KIR) memperolehi RM300 (one-off) bermula daripada BSP 1.0 – 3.0. Pemandu ehailing, potter, petani, malim gunung, pemandu pelancong, dive master dan nelayan turut menerima RM300 (one-off).

Berbanding Warisan, untuk dua (2) bantuan yang diumumkan, isi rumah (rakyat) hanya menerima bantuan langsung ketika pengumuman Bantuan Covid-1.0 iaitu hanya RM186.75j (28%) berbanding keseluruhan peruntukan RM670j yang diumumkan. 

Infografik: Peruntukan untuk Projek yang memanfaatkan kontraktor (30% dan 15%) 

B40 dapat RM300? hakikatnya ramai penerima yang layak, tidak menerima bantuan yang dijanjikan. Lebih mendukacitakan, apabila Mantan Ketua Menteri Warisan (DS Shafie Apdal) tidak tampil dengan solusi yang diharapkan untuk menyelesaikan masalah ini (tambah peruntukan agar semua rakyat yang tercicir menerima bantuan yang dijanjikan), yang ada hanyala permohonan maaf. 

Selaku Ketua Menteri yang konon-kononnya mengutamakan rakyat, beliau sepatutnya memotong sejumlah peruntukan yang tidak perlu (RM200 juta untuk 1,000 projek yang memanfaatkan kontraktor) dan disalurkan kepada rakyat yang tercicir dari menerima bantuan RM300 (one-off). 

Warisan dua (2) kali mengumumkan Bantuan Covid-19, namun hanya sekali rakyat diberi RM300 (one-off) itupun ramai yang tercicir. Sementara Kerajaan GRS telah 3 kali mengumumkan BSP Covid-19 dan kesemua pengumuman disertakan dengan bantuan RM300 (one-off). 


2. Rakyat Keutamaan GRS, Bukan Projek Untuk Kroni
Tentunya rakyat masih ingat pengumuman peruntukan RM200 juta (30%) untuk 1000 projek infrastruktur yang diumumkan oleh Kerajaan Warisan. 

Fakta yang tersembunyi adalah, projek yang diumumkan setiap satunya bernilai RM200 ribu dengan anggaran keuntungan yang diperoleh kontraktor sekitar RM40 ribu. 

Rakyat diberi RM300, itupun ramai tidak dapat, Tapi kontraktor Warisan memperoleh keuntungan sekitar RM40ribu untuk projek yang tiada siapa ketahui kesudahan setiap projek tersebut. Adakah wujud atau sebaliknya. Inikah kerajaan yang dikatakan menjaga kebajikan rakyat?

Jumlah peruntukan untuk RM300 (one-off) untuk B40 termasuk RM500 (eKasih) sekitar RM186.75 juta (28%) lebih kecil berbanding peruntukan 200 juta (30%) untuk menampung 1000 projek infrastruktur yang memanfaatkan golongan kontraktor. Persoalannya ketika ramai rakyat bising dan mengadu tidak dapat duit RM300 (B40), kenapa Mantan Ketua Menteri (DS Shafie Apdal) yang konon-kononnya prihatin itu TIDAK MEMOTONG PERUNTUKAN RM200 JUTA UNTUK 1000 PROJEK dan salurkan kepada rakyat yang tidak menerima bantuan? 

Untuk rekod Kerajaan GRS langsung tidak meletakkan sebarang peruntukan atau alokasi untuk projek infrastruktur. Keseluruhan alokasi bantuan Covid-19 bermula dari BSP Covid-19 1.0 hingga 3.0 di salurkan sepenuhnya kepada rakyat, peniaga, pelajar dan sektor ekonomi. 


3. Kerajaan GRS Utamakan Kebajikan Pelajar IPTA/S 
Kerajaan GRS menyalurkan RM1 juta kepada setiap IPTA/S untuk disalurkan kepada pelajar Sabah yang terkesan. Sumbangan merangkumi bayaran RM300 (one-off) dan Bantuan Ehsan Makanan Pelajar Terjejas Covid-19 (IMPAK) untuk memastikan tiada seorangpun pelajar Sabah yang berlapar sepanjang PKP. Kesemua peruntukan ini disalurkan ketika BSP Covid-19 (2.0).

Dalam pengumuman BSP Covid-19 (3.0). Kerajaan GRS menyalurkan sejumlah RM1 juta untuk Pejabat Tugas-tugas Khas yang mengurus hal ehwal kabajikan pelajar Sabah di IPTA/S. Kerajaan turut mengumumkan Bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 untuk menyediakan makanan secukupnya kepada pelajar Sabah di IPTA/S. 

Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) berjumlah RM2000 ringgit kepada bakal-bakal mahasiswa/I Sabah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara gading. 


4. Pelajar Sekolah Menengah Terkesan PdPR Turut Mendapat Perhatian
Simpati dengan keadaan pelajar miskin dan pelajar di pedalaman Sabah yang berhadapan masalah kekangan gadget dan liputan jalur lebar, Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Hj. Noor) pada 26 Januari 2021, berbesar hati mengumumkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang berupa sumbangan komputer riba kepada 10,000 pelajar miskin dan miskin tegar yang layak. Inisiatif yang diumumkan ini adalah tambahan kepada inisiatif pemberian komputer riba sumbangan Kerajaan Pusat yang dijadualkan diagihkan sepenuhnya pada September 2021.

Lain-lain Bantuan yang disediakan oleh Kerajaan GRS untuk pelajar sekolah termasuklah; 
i. RM200: Bantuan Anak Sabah (BAKTI) - pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM dan STAM. 
ii. Bantuan Sosial Sekolah: Set beg sekolah, Pakaian sukan ko-kurikulum, Modul akademik UPSR, pelitup muka, Pengimbas suhu badan dan Cecari pembasmi kuman untuk tangan (Hand Sanitizer)


5. Peruntukan Kecil Tapi Seratus Peratus Untuk Rakyat, Peniaga dan Pelajar Terjejas
Pengumuman Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 3.0 (RM154.8 juta) merupakan bantuan dengan peruntukan paling kecil berbanding dengan dua (2) Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 1.0 (RM706 juta) dan 2.0 (RM178.98 juta) yang diumumkan sebelum ini. 

Namun, hampir keseluruhan (85%) daripada keseluruhan peruntukkan BSP Covid-19 (3.0), disalurkan dan dinikmati secara langsung oleh isi rumah (rakyat) dan 12% kepada peniaga terjejas. Manakala sektor ekonomi (2%) dan tidak terkecuali pelajar IPTA/S (1%). 


6. Pengusaha Pelancongan dan Pengusaha Inap Desa Tidak Diabaikan
Pelaksanaan Total Lockdown bermula 1 Jun 2021, melumpuhkan sepenuhnya industri pelancongan di Sabah. Kerajaan GRS faham akan kepayahan dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha pelancongan dalam mendepani pandemik Covid-19.

Bagi peniaga dan pengusaha pelancongan yang terjejas, kerajaan turut memperuntukkan RM18 juta kepada pemandu pelancong, hotel dan pengusaha inap desa. Bantuan RM1000 – RM5000 diberikan kepada semua pengusaha inap desa dan hotel.

Bantuan Zaman Warisan Lebih baik? tepuk dada tanya selera. RM200 juta untuk seribu projek (memanfaatkan kontraktor dengan purata keuntungan RM40 ribu) yang tidak diperlukan sepanjang rakyat dan negeri berdepan kesukaran pandemik Covid-19, sudah cukup mencerminkan KETIDAKCEKAPAN KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN WARISAN.

B40 dan rakyat Sabah di Semenanjung dapat RM300? Kalau semua rakyat dapat, adalah mustahil Mantan Ketua Menteri Warisan membuat permohonan maaf di media massa. Lebih mendukacitakan, Mantan KM Warisan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memotong peruntukan RM200 juta untuk 1000 projek tidak bermanfaat kepada rakyat, sebaliknya hanya memohon maaf. 

Faktanya, Rakyat dapat 300-500 tapi KONTRAKTOR WARISAN dapat sekitar 40 ribu


7. SOP PKP Zaman Kerajaan GRS Sering Berubah?
Rakyat pastinya tidak lupa bagaimana Mantan Ketua Menteri Warisan berkeras untuk kekalkan PKP di Sabah, namun kurang seminggu, kepimpinan Warisan akur dengan keputusan pusat untuk melaksanakan PKPB di seluruh negara. Malah SOP jumlah penumpang yang dibenarkan dalam satu kenderaan juga seringkali beruba dan memeningkan rakyat

Malah kerajaan negeri Sabah menjadi antara kerajaan negeri terawal yang memberi kebenaran untuk sektor ekonomi dan pelancongan beroperasi. Keputusan ini jauh berbeza dengan keputusan dan ketegasan yang ditunjukkan seminggu sebelum keputusan membenarkan sektor pelancongan dan ekonomi beroperasi.

Baca:

Rakyat sudah menghukum Warisan yang hanya menjaga kebajikan kontraktor. Rakyat dapat 300-500 untuk sekali bantuan yang diumumkan dan tercicir dalam bantuan Covid-19 2.0 (Sabah New Deal), sebaliknya KONTRAKTOR memperoleh keuntungan sekitar RM40 ribu untuk setiap projek bernilai RM200 ribu (anggaran).

HM @ DKMSabah