ABAH KAU

Sedar atau tidak, Pentadbiran Perdana Menteri ke-8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan memasuki bulan ke-11 pada 1 Februari 2021 sejak beliau mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020. Gelombang kedua Pandemik Covid-19 menyaksikan beliau (16 Mac 2020) telah mengambil keputusan drastik dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 – 31 Mac 2020, dan dilonggarkan setelah Kerajaan berjaya membendung penularan tersebut sebelum PRN-16 Sabah pada 26 September 2020. Penularan gelombang ketiga Covid-19 dilaporkan telah melanda negara pada 20 September 2021 (hari berkempen PRN-16 Sabah) hingga negara kembali merekodkan kes jangkitan kepada tiga angka seterusnya meningkat kepada empat angka pada 10 Disember 2020 (2234 kes). 

Senario ini menyaksikan kerajaan tiada pilihan lain selain daripada mengisytiharkan PKP (Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah), PKP-B (Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu, Kelantan) dan PKP-P (Sarawak dan Perlis) seterusnya disusuli dengan pengisytiharan proklamasi darurat. Situasi ini turut diburukkan lagi dengan krisis politik yang tidak berpenghujung dan pengisytiharan proklamasi darurat (12 Januari 2021) dilihat sebagai jalan terbaik dalam membendung Covid-19 sekaligus mengurangkan tekanan politik dalam usahan kerajaan untuk membendung penularan Covid-19, yang mana sehingga 24 Januari 2021, negara terus merekodkan kes jangkitan tertinggi (3,346 kes dengan 7 kematian).

Sebelum pengumuman PKP 2.0, Tan Sri Muhyiddin telah membentangkan sebanyak empat (4) pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion ringgit sebagai langkah kerajaan membantu rakyat mendepani pandemik Covid-19 (tidak termasuk Pembentangan Belanjawan 2021). Bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi - Prihatin Rakyat (berjumlah RM250 billion) pada 27 Mac 2020, diikuti Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat – Prihatin Tambahan (berjumlah RM10 bilion) khusus untuk membantu PKS (6 April 2020), Pelan Jana Semula Ekonomi – PENJANA (berjumlah RM35 billion) – bagi memperkasa rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi (5 Jun 2020) dan Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas – Kita Prihatin (berjumlah RM10 billion ringgit) pada 23 September 2020.


Terbaharu, beliau turut mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia – PERMAI (berjumlah RM15 bilion) pada 18 Januari 2021 susulan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) pada 11 Januari 2021, diikuti dengan Proklamasi Darurat (12 Januari 2021). Dengan pengumuman Pakej PERMAI ini, ia menjadi Pakej Ekonomi ke-5 sepanjang Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan sepanjang pelaksanaan PKP pertama pada 18 Mac 2020, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang diumumkan bernilai RM320 bilion (hampir menyamai Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.5 bilion).

“We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this Government may not be the Government that you voted for. But I want all of you to know that this Government cares for you. I accepted the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time”.

“This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the Cabinet and the Government. We are not perfect but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. InsyaAllah…” 23 Mac 2020

Inilah antara baris-baris kata yang pernah menyentuh Hati Rakyat, antara ucapan yang dikatakan menyentuh dan menggambarkan situasi sebenar keadaan rakyat yang memerlukan pembelaan kerajaan bagi mendepani ketidak tentuan dalam ekonomi negara dan global yang berpunca daripada penularan Covid-19. 

SINAR HARIAN

Tidak perlu untuk dihuraikan satu-persatu manfaat dan bantuan yang telah dan sedang dinikmati oleh rakyat, kerana apa yang nyata ianya tidak pernah mencukupi bagi segelintir individu. Disebalik usaha murni dan keikhlasan yang diberikan, pasti ada juga yang akan mencaci. Benarlah jika dikatakan Tan Sri Muhyiddin bukan Perdana Menteri yang terbaik, namun setidak-tidaknya beliau berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat yang terjejas. Jalan terbaik untuk kerajaan kini adalah fokus dan melipatgandakan usaha dalam membantu rakyat menghadapi krisis yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Teruskan kerja, kerana penilaian mutlak rakyat terhadap kerajaan dimuktamadkan ketika mereka memangkah kertas undi pada PRU

"Perlu diingat, jatuh bangun kerajaan yang memerintah bukan terletak kepada aspek populariti semata-mata. Ramai pengikut di laman sosial Facebook, IG dan Twitter, bukan jaminan untuk kekal memerintah pada penggal akan datang. Belajar daripada PRU-14, meskipun terdapat pemimpin politik yang memiliki pengikut di media sosial yang ramai, namun tidak mampu membantu parti untuk kembali memerintah negara..."

Bantu rakyat... bantu rakyat... bantu rakyat...



PAUTAN TEKS UCAPAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI COVID-19:









RUJUKAN:

GELOMBANG KETIGA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Inisiatif utama Muhyiddin sepanjang 100 hari. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

Intipati Proklamasi Darurat COVID-19. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Kenyataan Akhbar KPK 24 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Kronologi darurat di Malaysia. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Malaysia: Belanjawan 2021 Bernilai RM322.50 Bilion, Terbesar Dalam Sejarah. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

Muhyiddin Angkat Sumpah Perdana Menteri Kelapan. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

Jumlah peminat Facebook Najib lebih 1 juta. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI). Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

PKP 2.0 - Apa yang kita perlu tahu? Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

PM umum inisiatif tambahan khas KITA PRIHATIN bernilai RM10 bilion. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

PM umum PKP bersasar mulai 13 Januari. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

Prihatin Rakyat Economic Stimulus Package (PRIHATIN) Speech Text. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Teks Ucapan Darurat Pm. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;

Teks Ucapan Pengumuman Khas Darurat. Diakses pada 24 Jan 2021, melalui;

2,018 kes COVID-19, rekod ketiga tertinggi hari ini. Diakses pada 25 Januari 2021, melalui;