Menjawab tuduhan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Persekutuan membiarkan kerajaan negeri bersendirian memerangi Covid-19 di Sabah oleh Timbalan Ketua Wira Warisan

1. Negeri Sabah bersendirian memerangi Covid? Kerajaan pusat terlebih dahulu telah membantu setiap negeri yang terjejas dengan menyalurkan peruntukan RM130 juta kepada setiap negeri tanpa mengira fahaman politik menerusi pengumuman Pakej Rangsangan Covid bernilai RM20 bilion [1]. Maka tidak wujud kerajaan negeri bersendirian dan terabai. Malahan demi memastikan kebajikan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 yang terjejas terus terbela, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion, yang mana memanfaatkan hampir keseluruhan rakyat di negara ini [2].

2. Kekurangan Kit Pengesan Covid19 sehingga kerajaan negeri terpaksa membeli dari China yang bacaan tidak tepat? KKM terlebih dahulu telah memaklumkan bahawa kit Ujian Covid yang diterima dari China tidak dapat diedarkan kerana bacaan tidak tepat termasuk juga dengan kit Ujian Covid-19 yang berada di pasaran [3]. Malah kit yang dibeli dari korea selatan juga hanya merekodkan ketepatan 56.6% [4]. Kit Covid perlu mencapai Ketepatan 75-80% sebelum benar-benar boleh diguna dan dibeli untuk diedarkan kepada semua hospital di seluruh negara. Adalah menjadi pembaziran jika membeli kit yang gagal mengesan Covid-19 dengan tepat. Malah KKM sendiri memberi jaminan akan menambah 200 ribu unit kit tersebut jika berjaya mencapai bacaan yang tepat.

3. Tindakan kerajaan negeri membeli kit ujian Covid-19 daripada china yang telah diketahui ketepataannya tidak memenuhi standard yang sepatutnya, jelas menunjukkan bahawa itu bukti ketidakcekapan, kelalaian dan pembaziran dana yang jelas. Dalam keadaan sekarang, sebarang keputusan pembelian kit ujian Covid-19 kerajaan negeri perlu mengambilkira pandangan daripada KKM terlebih dahulu. Apa relevennya menggunakan kit ujian covid yang tidak tepat?

4. Menteri Sabah di Persekutuan perlu jenguk rakyat? Tidak wujud keperluan untuk menteri turun, kerana gerak kerja melibatkan agensi kerajaan yang diketuai MKN telah diselaraskan. Segala bentuk keperluan dari setiap agensi khususnya frontliner dan rakyat dikumpulkan oleh agensi terlibat dan disalurkan kepada kementerian terlibat [5]. 

5. Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, Jangan persoalkan? Rakyat berada di belakang CM? Untuk isu ini, pemimpin harus bertanya kepada rakyat, adakah bajet tersebut benar2 dirasai dan sampai kepada mereka atau sebaliknya? Itu adalah isu yang bermain dibibir rakyat. Tidak perlu lari jauh, tengok sahaja peruntukan RM18 juta bantuan makanan kepada penduduk kampung terjejas, terdapat isu yang tular mendakwa nilai makanan tidak sampai pun RM100 meskipun dalam borang tertera nilai RM100 [6]. Malah terdapat kawasan yang dilaporkan, pemberian bantuan bersifat selektif dan tidak menyeluruh kepada semua rakyat. Adakah itu nilai rakyat yg terkesan dgn Covid19 di mata pemimpin2 Warisan?

6. Daripada RM670juta yang diumum Kerajaan Sabah [7], hanya RM540 juta datang dari peruntukkan negeri sementara RM130 juta daripada Persekutuan. Persoalannya sekarang, kemana perginya rezab negeri RM3 bilion [8] yang berjaya dikumpul kerajaan BN di bawah pimpinan Tan Sri Musa Aman? Kenapa tidak digunakan untuk membantu IKS dan peniaga yang terjejas teruk? RM360 juta untuk rakyat terjejas dan hanya RM40 juta untuk IKS. Persoalan yang berlegar adalah, apakah RM40 juta yang diperuntukkan untuk membantu IKS mendepani Covid-19 mencukupi dan adakah iyanya telus dan diterima oleh semua IKS terlibat. Kenapa tiada peruntukkan untuk membantu sektor pelancongan negeri yang turut terjejas teruk?

7. Pakej Bantuan Covid19 Sabah yang terbaik? Jika benar ia adalah bajet terbaik, lantiklah SPRM untuk memantau keseluruhan proses agihan peruntukkan ini. Baru agihan barang keperluanpun sudah wujud ketirisan dan bias, apatah lagi bantuan lain yang datang daripada kerajaan negeri.

Akhir kata, skrg bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak mahupun mencari publisiti murahan, sebaiknya kita berganding bahu dalam mendepani cabaran pra dan pasca Covid-19. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang jauh lebih baik dan memenangkan rakyat, terutamanya mereka yg memerlukan.

Jika hendak disalahkan juga, salahkanlah mantan Menteri Pelancongan dari PWS (Datuk Mohammadin Bin Ketapi) yang dari awal lagi melarang dan menegur pusat peranginan daripada menghalang dan mendiskriminasi pelancong China [9] dari mengunjungi pusat peranginan mereka meskipun jangkitan Covid-19 telah dikesan berlaku.

Ada masa, tanyala rakyat bawahan, yang mana lagi baik, Bajet We Care - Sabah atau Bajet Prihatin No One Will Be Left Behind - Kerajaan Persekutuan?


Rujukan

[1] Kerajaan Salur Bantuan RM130 Juta Tangani Krisis Covid-19;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668271/kerajaan-salur-rm130-juta-tangani-krisis-covid-19

[2] Muhyiddin Umum Pakej Bantuan Khas Tangani Kesan Covid-19 Bernilai RM250 Bilion;

https://www.sinarharian.com.my/article/75913/KHAS/Koronavirus/Muhyiddin-umum-pakej-bantuan-khas-tangani-kesan-Covid-19-bernilai-RM250-bilion

[3] KKM Tidak Saran Guna Kit Ujian Pantas;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668832/covid-19-kkm-tidak-saran-guna-kit-ujian-pantas

[4] Ketepatan Kit Ujian Covid-19 Dari Korea 56.6 Peratus;

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/561769/ketepatan-kit-ujian-covid-19-dari-korea-566-peratus-metrotv

[5] Dakwaan Sabah Berjuang Sendiri Perangi Covid-19 Tidak Berasas;

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-sabah-berjuang-sendiri-perangi-covid-19-tidak-berasas-abdul-rahim-236709

[6] Najib Persoal Nilai Bantuan Barang Keperluan Kepada Rakyat Terjejas Covid-19 ;

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/pcb.10156876989410952/10156876989010952/?type=3&theater

[7] Sabah Umum Pakej Bantuan RM670 Juta Kurangkan Kesan Covid-19;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/25/sabah-umum-pakej-bantuan-rm670-juta-kurangkan-kesan-covid-19/

[8] Tan Sri Musa Aman, Bapa Pembangunan Negeri Sabah Kembali Beraksi;

https://www.malaysiakini2.com/tan-sri-musa-aman-bapa-pembangunan-negeri-sabah-kembali-beraksi/

[9] Jangan Diskriminasi Pelancong China - Menteri;

https://www.youtube.com/watch?v=3dbOf5GB9YA