Puad Zarkashi
Ahli MT UMNO
1. Matlamat penubuhan Parti Bunga adalah untuk menggantikan UMNO. Sebab itu, nama parti hampir sama dengan UMNO. Ada perkataan BERSATU. Warna parti pun merah. Struktur parti pun sama, ada Bahagian dan ada cawangan. Mana datang keahlian PPBM? Cuba curi ahli UMNO untuk masuk PPBM.
2. Rupanya gagal. Tun M mengakui PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung parti disaat UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung minggu hadapan. Untuk divert isu, semalam Tun M dan geng dia jumpa ROS kenapa pendftaran Pakatan Harapan belum lulus. Macam mana mahu lulus, kalau komponennya masih dibelenggu masalah. Termasuk PPBM yang gagal mengadakan AGM.
3. Masalah Tun M bermula apabila dia ditipu oleh Ketua-Ketua Bahagian. Majoritinya adalah bekas pimpinan UMNO yang kehilangan pengaruh. Mereka mencari tempat pergantungan baru. Bila disemak keahlian Bahagian PPBM, ada di kalangan ahli itu terkejut. Mereka mendakwa masih dan tetap ahli UMNO. Nama mereka didaftar tanpa pengetahuan si empunya diri. Kalau di Bahagian pun kelam kabut maka apatah lagi cawangan. Sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian-Bahagian PPBM.
4. Itu belum di ambil kira cawangan sayap sayap, Serikandi atau Armada. Armada sendiri adalah sayap haram.
5. Maka pergantungan PPBM hanyalah pada tokoh. Itu pun ada tiga tokoh sahaja. Tun M, Muhyiddin dan Mukriz. Tetapi apakah Muhyiddin dan Mukriz ramai followers? Amat diragui. Jauh berbeza semasa UMNO ditentang oleh Semangat 46 yang juga cuba mengganti UMNO. Hampir separuh anggota Kabinet Kerajaan ketika itu menyokong Tengku Razaliegh.
6. Akhirnya Semangat 46 tutup kedai. Apakah nasib PPBM tanpa Tun M?
Rujuk Sumber : FB Dr Puad Zarkashi
0 Comments