Puad Zarkashi




Puad Zarkashi
Ahli MT UMNO

1. Tidak mustahil mesti ada rasa kekesalan dalam diri Muhyiddin kerana menyertai parti bunga. Parti itu semakin banyak berbohong. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti yang dihadiri hanya 12 orang dikatakan sebagai Mesyuarat Agung Tahunan 2016.

2. Banyak yang tidak ikut perlembagaan parti termasuk penubuhan sayap Armada. Tidak ada dalam perlembagaan PPBM, boleh tangguh AGM kecuali tangguh pemilihan parti. Boleh tangguh kalau Perlembagaan Parti dipinda. Kalau mahu pinda perlembagaan parti perlu ada sokongan dua pertiga perwakilan. Sedangkan yang hadir cuma 12 orang sahaja. 

3. PPBM kini kelam kabut. Ini angkara siapa. Apakah Mahathir? Sebagai Presiden parti, Muhyiddin tidak ada kuasa. Dia adalah beruang bisu. Mahathir menggalakkan pembohongan. Sebab itu Perlembagaan parti dinodai.

4. Muhyiddin terjebak dengan angkara Mahathir sejak dari awal lagi. Dalam satu mesyuarat, Muhyiddin mengaku dan memdedahkan “There is a conspiracy. I know about it. It is real. But I’m not involved”. 

5. Kini dia sudah terlajak. Mari kita bertanya kepada Muhyiddin, Dia Presiden parti, berapa ahli PPBM di Pagoh? Berapa cawangan PPBM di Pagoh? Berapa cawangan yang sudah bersidang? Macam mana mahu mengadakan Perhimpunan Agung kalau Cawangan dan Bahagian di tempat Presiden parti sendiri belum bersidang?

6. Semasa dalam UMNO tidak ada chemistry antara Mahathir dan Muhyiddin. Kini dalam PPBM masa akan menentukan perang saudara akan berlaku antara kedua mereka.

Rujuk Sumber :