Dipetik: Admin Tuaran MP
Soal Jawab Isu-Isu Semasa
Bersama Pemimpin dan Agensi-agensi Kerajaan.
16 Februari 2015(Isnin),
Bertempat di Mini Dewan Serbaguna Pekan Nabalu
Dengan adanya Media Sosial seperti Facebook, Twitter, Blog, dan aplikasi Telefon Pintar seperti "Whatsapp", "Wechat" dan terbaru "Telegram", kepantasan sebaran maklumat secara bebas tidak dapat dinafikan lagi. Namun persoalannya, adakah semua informasi yang kita dapat melalui hujung jari itu benar dan tepat?
"Tanya Tuaran MP" merupakan satu wadah komunikasi dua hala santai antara pemimpin dan rakyat bersama sokongan agensi-agensi berkaitan dengan isu-isu semasa untuk bersama-sama mengupas persoalan-persoalan yang timbul selepas timbunan informasi yang disebarkan serta menjadi "Viral" di kalangan masyarakat kita terutamanya yang berada di luar bandar. Para hadirin yang dijemput dari JKKK,Ketua-ketua kampung, Ketua PDM dan orang ramai.
"Tanya Tuaran MP" merupakan program pertama yang dirakamkan dalam bentuk video dan akan dimuat turun dalam Youtube tidak lama lagi.
Antara soalan-soalan dan isu-isu semasa yang diutarakan oleh Para Hadirin ialah SSKM,RCI,KESELAMATAN PERAIRAN(ESSCOM),HARGA KOMIDITI GETAH,GST,HARGA BARANG. Soalan terakhir sempat ditanya sebelum berakhirnya program ialah mengenai STATUS PEMBINAAN SMK NABALU.
Dalam sesi soal jawab, Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Para Hadirin ditujukan kepada Tuaran MP dan juga agensi-agensi kerajaan terlibat. Program lebih menarik dengan kehadiran panel-panel agensi kerajaan iaitu Encik Rodzi Md.Saad,Setiausaha Keselamatan Negeri dari Majlis Keselamatan Negara(MKN),Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah iaitu Datuk Haji Ibrahim Bin Saad, Ketua Operasi dan Siasatan Kastam Negeri, Tuan Haji Julaiman Soimin, Encik Abdullah Bin Awang Adi dari Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) Sabah, Encik Ismail Bin Ali dari Jabatan Imigresen Negara Cawangan Sabah.
Kesimpulannya, apa juga persoalan dan ketidakpuasan hati masayarakat boleh dibincang bersama dan yang penting JALAN PENYELESAIAN serta tindakan berdasarkan realiti dan bersemuka sendiri dengan Pemimpin dan Pihak bertanggungjawab dalam isu-isu semasa.
"Masyarakat di negara-negara maju hanya percaya kepada maklumat yang benar dan berlandaskan fakta, jika kita mahu bandingkan kita dengan negara maju, bukan sahaja bandingkan kejayaan kekayaan tetapi dari segi keupayaan pemikiran kita berfikir dan menganalisa agar tidak tertipu dengan khabar angin membawa apa yang dikatakan "defamation" iaitu fitnah"
ADMIN TUARAN MP
18 Februari 2015
0 Comments