Kes kemalangan kereta api kedua selepas insiden kereta api melanggar lori tangki minyak dua (2) tahun lepas. Lokasi kejadian juga tidak jauh daripada insiden dua (2) tahun lepas, hanya selang beberapa meter dari kawasan kejadian. Seperti biasa, pelbagai komen diterima.
Ada yang menyalahkan kerajaan, ada yang menyalahkan agensi terlibat, ada yang menyalahkan mangsa yang didakwa memandu laju dan tidak kurang juga yang menggungkit isu Bornenisasi. Namun itu semua hak individu dalam meluahkan pandangan masing-masing.
Cadangan sahabat kita (Adie Mj) antara cadangan terbaik yang boleh di ketengahkan untuk diperbahaskan di peringkat yang lebih tinggi;
Memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan sibuk terutamanya selepas waktu pejabat, mungkin cadangan daripada Saudara Othman Joe Othman boleh digunapakai. Cuma lokasi yang sesuai bukanlah di Kinarut tapi di stesen Putatan. Alasan pemilihan Putatan sebagai hentian permulaan;
1. Rata-rata pengguna yang naik kereta api merupakan pengguna yang berkerja di sekitar Putatan dan Kota Kinabalu serta tinggal di luar kawasan Putatan dan KK.
2. Bagi mereka yang berkerja di Kota Kinabalu pula, kemudahan Bas Mini telah tersedia di stesen Putatan dan lebih selamat berbanding dengan hentian sekarang (Tg. Aru) yang mana jauh lebih berbahaya kerana pengguna yang sampai dihentian Tg Aru terpaksa menyeberang Highway tanpa kemudahan jejantas.
3. Hentian Putatan bukanlah kawasan yang sibuk berbanding dengan laluan di sekitar Jalan Lintas dan Jalan Kepayang menuju ke Putatan.Oleh itu, hentian Putatan merupakan kawasan sesuai untuk dijadikan hentian baru.
Selain itu, DKM Sabah turut mengenal pasti punca sebenar kesesakan yang melanda kawasan kemalangan terbabit (Persimpangan Jln Lintas - KKIA/ Putatan).
Sila lihat peta di bawah:
Wujud lima (5) lorong (1 Jln Lintas, 1 lorong bawah flyover dari Jln Kepayan, 2 lorong dari flyover dan 1 lorong U-turn). Daripada lima lorong, akan berkurang menjadi empat (4) lorong sebelum menghampiri Petagas. Kemudia daripada empat (4) lorong akan bersesak-sesak pula menjadi tiga (3) lorong untuk jarak lebih kurang 50 meter menghampiri jejastas kemudian menjadi dua (2) lorong.
Memang parah dan sudah tentu kawasan ini menjadi sesak selepas waktu pejabat, ditambah lagi dengan jarak yang pendek (daripada 5 lorong menjadi 2 lorong). DKM Sabah bukanlah berkelulusan Arkitek mahupun Engineering, namun secara logiknya, DKM Sabah sendiri sedar bahawa wujud sedikit kelemahan dari segi Design jalan berserta flyover.
Namun, tindakan menyalahkan orang lain bukanlah suatu langkah bijak, seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia tampil dengan pandangan-pandangan bernas dan rasional. Tindakan menyalahkan pihak tertentu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan semasa.
Cadangan mengurangkan kesesakan di persimpangan (Jln Lintas - KKIA/ Putatan - Jln Kepayan):
1. Tutup lorong dari Jalan Kepayan melalui bawah flyover ke Putatan seperti gambar rajah di bawah. Untuk maklumat, itulah punca sebenar kesesakan lalu lintas di Persimpangan (Jln Lintas - KKIA/Putatan - Jln Kepayan). Sekurang-kurangnya kadar kesesakan di kawasan persimpangan berkenaan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus.
2. Tutup juga lorong U-turn daripada Putatan - kembali ke Petagas/ Putatan. U-turn ini hanya menambahkan lagi kesesakan di waktu puncak dan DKM Sabah berpendapat bahawa U-turn ini tidak efektif kerana pengguna boleh memilih untuk melalukan pusingan U di hadapan jalan keluar daripada KKIA, kerana di sana lebih selamat dan ada kemudahan lampu isyarat. Jarak U-turn di bawah flyover kembali ke Putatan dengan U-turn di jalan keluar KKIA adalah hampir. Jadi tidak perlu rasanya untuk menyediakan dua (2) kemudahan U-turn dengan jarak tidak sampai 200 meter. Penutupan lorong ini akan dapat mengurangkan kadar kesesakan sebanyak 5 peratus berbanding keadaan sekarang.
3. Pindahkan Bus Stop Petagas yang ada kini kawasan berhampiran jejantas. Pemindahan tersebut mengambil kira faktor kesesakan (Bus Stop berada di penghujung simpang - daripada 3 lorong menjadi 2 lorong). Kawasan tersebut merupakan punca aliran Trafik menjadi perlahan kerana di situlah tempat pemandu-pemandu bas awam menurunkan penumpang, penumpang melintas jalan dan kenderaan berpusu-pusu memasuki lorong (daripada 3 lorong kepada 2 lorong).
Kenapa Bus Stop perlu dipindahkan?. Kerana, bas yang berhenti menurunkan penumpang di kawasan berkenaan dikesan menjadi punca utama aliran trafik menjadi perlahan di samping faktor ketiadaan lorong khas untuk pemandu bas menurunkan penumpang. Sila rujuk rajah di bawah;
(Bulatan merah: lokasi bus stop sekarang,..... Bulatan kuning: cadangan lokasi baru bus stop)
Dengan memindahkan bus stop ke kawasan berhampiran jejantas dan menyediakan lorong khas untuk pemandu bas mini menurunkan penumpang, kadar kesesakan dijangka akan berkurangan sebanyak 10 peratus dengan aliran trafik akan semakin lancar meskipun sedikit perlahan. Namun ianya jauh lebih baik, memudahkan dan lebih selamat kepada semua pengguna jalan raya. Lorong keluar di hujung bus stop lama hendaklah dikekalkan.
Namun, segala cadangan DKM Sabah tidak akan berguna jika atitud pengguna jalan raya tidak berubah. Sikap "Potong Q" ketika berlaku kesesakan merupakan tabiat atau sikap pentingkan diri sendiri yang sememangnya sukar untuk dikikis. Kuatkuasakan kembali larangan menggunakan laluan kecemasan ketika berlaku kesesakan.
0 Comments