Saya melalui 8 jam
agak memenatkan semalam.
Jam 3.30 petang saya
berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.
"Kami di tingkas
atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad.
Beliau pegawai
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui
operasi memberkas warga
Nigeria dipercayai terbabit dalam
kegiatan penipuan menggunakan internet.
Saya kemudian
mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan
sama.
"Itu adik kepada
pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau.
Pasukan beliau
kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di
kilang terbabit.
Suspek dan adiknya
berasal dari Raub, Pahang.
Saya difahamkan
teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari
Nigeria
telah memperdaya ramai mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan
kira-kira 1 juta ringgit.
Shana
kemudian disoal siasat di rumahnya.
"Kenapa kamu
menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan
Tamu.
Shana terkedu buat
seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya
membuka mulut.
"Teman lelaki saya
telah pulang ke
Nigeria dan setiap kali saya berasa
rindu kepada dia, saya menulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian
Komputer itu.
Tambahnya, Iko
terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang
mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000
dan RM50,000.
"Kamu dapat berapa
ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan
Tamu.
"Kekadang RM100,
kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10%
daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia,"
dakwanya.
Melalui nama
diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini
hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita
itu.
"Apakah antara daya
tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.
"Dia baik, amat
mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi
kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.
Kata Shana, Iko
tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke
Cheras, Kuala
Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki
itu.
"Saya bersama
(mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7
bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana,"
jelas Shana lagi.
Wajahnya kelihatan
selamba berkongsi kisah kehidupan.
"Teman lelaki awak
sebelum dia, Melayu?," soal saya.
"
Lima semua, Melayu dan
mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari
Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki
lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis,"
ujarnya.
Jam 4.15 petang,
kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri
terbabit bersama 3 lagi warga
Nigeria
lain.
Mereka memasuki
Malaysia menggunakan visa pelajar dan
majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.
Rumah disewa
dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong.
Shana kemudian
diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.
"Joshua, please. I want to take my laptop from the
house," rayu Shana.
Dari raut wajahnya,
saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja
tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya
dijadikan habuan seks oleh Iko.
"Kawan dia cakap
tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang
bercakap," terang Shana kepada pegawai dan anggota polis
bertugas.
Kira-kira jam
6 petang, rumah sama diperiksa.
Bilik teman lelaki
Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis
tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti
itu.
Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.
Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.
"Kata tadi hendak
mengambil telekung, carilah," kata ASP Hazri.
Beberapa saat
kemudian telekung Shana dihulurkan oleh anggota polis berpangkat Kopral dan saya
difahamkan telekung itu ditemui di bilik Iko.
"Tengok ini, teman
lelaki dia bercadang untuk membawa Shana balik ke negara asal dia pada 17
Disember lalu. Mungkin untuk menyambut Krismas bersama keluarga di
sana ," kata pegawai polis
berasal dari Perak sambil tersenyum.
"Dia memang ada
mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.
Shana menganggukkan
kepala.
"Orang Melayu tidak
mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya
ringkas.
Saya terdiam
sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun
lalu.
"Saya sudah banyak
kali terbabit dalam operasi memberkas warga
Nigeria . Bukan perempuan tempatan
tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya
mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki
Nigeria ? Dia menjawab, dia orang
istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis
dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih
dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi.
Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi
dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak
berbangsa Melayu dan
India , Cina kurang," jelas
rakan.
Namun Shana mendakwa
menempuh pengalaman berbeza.
"Saya dengan Iko,
normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring,"
ujarnya.
Dia kemudian
dihantar oleh anggota polis bertugas ke pejabat JSJK di Bukit Aman sementara
satu lagi operasi diaturkan oleh pasukan sama.
Barikutan aduan
orang ramai, hampir jam 7 malam, kami bergerak ke Batu 13 1/2 Puchong, Selangor.
Sewaktu memasuki kondominium mewah itu, saya dapati penempatan terbabit dihuni
ramai warga Afrika.
Jam 8.26
malam, ASP Hazri mengetuk pintu rumah berulangkali dan memperkenalkan
diri.
2 minit
kemudian, pintu
cuba
dipecahkan.
Melihatkan tindakan
nekad pasukan polis, lelaki warga
Nigeria bertubuh tinggi pantas
membuka pintu untuk membenarkan pihak berkuasa melakukan
pemeriksaan.
Seperti dijangka
dari awal, mereka sukar menerima arahan, degil. Namun pengalaman dimiliki
pasukan terbabit bukan alang-kepalang. Mereka sudah memahami setiap tipu-helah
sewaktu berhadapan dengan warga berasal dari benua Afrika
itu.
Sebaik tangan
digari, mulut mereka juga tertutup rapat. Pegawai dan anggota polis kemudian
melakukan pemeriksaan secara teliti.
"Laptop dan pen drive disorokkan di siling bilik
air!," jerit anggota.
Pegawai bertugas
lantas memeriksa ruang dimaksudkan.
3 suspek berusia di
antara 24 dan 31 tahun itu menjadi saksi ketika pemeriksaan dilaksanakan. Mereka
mendakwa pelajar kolej swasta mempelajari bahasa
Inggeris.
Untuk rekod,
mengikut etika kewartawanan, saya dikehendaki melindungi identiti mereka kerana
semua lelaki diberkas, berstatus suspek dan belum disabitkan bersalah oleh
mahkamah.
Hairan, biar pun
berstatus pelajar, mereka mampu menyewa kondominum mewah tetapi menggunakan nama
wanita tempatan.
Pen drive
dirampas
didapati mengandungi pelbagai dokumen dan gambar
meragukan.
Gambar lelaki
berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut
ditemui.
Modus operandi
mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan
jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.
Warga
Nigeria , barangkali tinggal di
Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki
warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan
dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada
jantina.
Jika bakal mangsa
itu wanita, lelaki
Nigeria menyamar lelaki kacak dan
bergaya.
Kerapkali setelah
mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi
barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan
elektronik.
Mereka kemudian
memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit
dirampas oleh pihak berkuasa
Malaysia atau diminta untuk
melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan
ringgit.
Pembayaran dibuat
menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan
suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua
suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan
bermula.
Justeru tidak hairan
jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan
sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki
kononnya mencintai mereka.
Untuk rekod, tahun
lalu, rakyat
Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1
bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.
Dalam operasi semalam sejumlah wang
dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak
memiliki dokumen perjalanan sah.
Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.
Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.
Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria .
Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.
Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.
Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria .
0 Comments