Dipetik:  
GOMBAK - Dua amah Indonesia yang melarikan barang kemas, wang  dan jam tangan mewah yang kesemuanya bernilai lebih RM500,000 milik  pengasas produk kecantikan Aura Seri di Jalan Gombak di sini dipercayai  telah pulang ke Indonesia.
Satu sumber polis berkata, Luluk Tanjiyah, 32, dan Udayati, 45, yang  kedua-duanya berasal dari Jawa Barat dipercayai menyusup keluar ikut  jalan laut dengan bot secara haram di sekitar Pelabuhan Klang selepas  mencuri barang milik majikan mereka.
"Polis syak kedua-dua amah tersebut keluar dari negara ini secara  haram di kawasan Pelabuhan Klang bersama dengan barang berharga yang  dicuri sebelum kejadian itu disedari majikan mereka pada Ahad lalu,"  kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Polis juga tidak menolak kemungkinan kedua-dua amah itu dibantu beberapa orang rakan lain dalam urusan pulang ke Indonesia.
Kedua-dua amah yang menaiki bot itu dipercayai tiba di Tanjung Balai,  Sumatera sebelum mereka meneruskan perjalanan ke kampung halaman  masing-masing.









0 Comments