SAYA TIDAK PERNAH KATAKAN POKEMON GO HARAM












"SAYA TIDAK PERNAH KATAKAN POKEMON GO HARAM. ITU KERJA SEGELINTIR MEDIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" - MUFTI WP


DARIPADA ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah mengenai Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” (Riwayat Bukhari)



Dipetik: FB Razif Fuad

Sebentar tadi saya sempat berbual isu kontroversi ini. Beliau cuma tersenyum dan sama sekali tidak menampakkan riak sedih walaupun diserang oleh beberapa media alternatif dan masyarakat awam yang tidak mengenali beliau ataupun baru sahaja nak mengenali beliau. Malah, beliau baru sahaja ditelefon oleh pihak media yang meminta izin untuk menemubual secara atas talian berhubung Fatwa Pokemon Go malam ni. Beliau menolak untuk ditemubual kerana amat khuatir fatwa ini menenggelamkan isu lain yang lebih wajar dibuat liputan menyeluruh oleh media 

Beliau membetulkan kerusi dan menarik nafas panjang sebelum mula melantunkan kata. Saya, Man Ana Man Antadan Muhamad Hashim dengar dengan berhati-hati. 

"Kalau teliti betul-betul dalam artikel Bayan Linnas, ana sama sekali tak mengharamkan Pokemon Go secara total. Sebab utama adalah ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah. Pendekatan yang ana pakai adalah menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan ana CENDERUNG ke arah keharamannya. Ana guna ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat."

Ini antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tak kata haram, harus dan lain-lain secara jelas.* Kalau guna perkataan haram, ia adakalanya beri impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Ana nak masyarakat faham bahawa ana AMAT KURANG GEMAR masyarakat kita terlalu asyik dengan Pokemon Go berdasarkan beberapa hujah yang diberikan. Bagi yang betul-betul baca dan faham artikel tu, akan faham pendirian ana. Kita jangan terpengaruh dengan media-media yang nak ambil kesempatan.

Tak apalah. Kita terus jalan. Banyak lagi kerja kita. Bulan September ni ada satu isu yang lebih penting ana akan kupaskan."

Selepas bersalam, beliau pun berlalu.

=========================

Lihat betapa halus dan telitinya beliau dalam memilih perkataan yang sesuai bagi proses mengeluarkan fatwa. Ini kerana, setiap istilah memberi makna faham yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah. Walaupun pertemuan hanya 5 minit namun buah-buah ilmu yang segar sentiasa diperoleh. 

Gambar sebelah kanan adalah buku 'Istilah-Istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab' yang ditulis oleh beliau sendiri. Bagus kalau persatuan mahasiswa di IPT panggil beliau bedah buku ini. Sangat bermanfaat.

Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan 
2.10 PM

No comments:

Post a Comment